Terasa kan, nak pegi cakap dengan ayah,
"ayah, rian nak kahwinlah ! ayah tolong carikan boleh ? dalam masa terdekat ni tau. ada tak sapa-sapa yang nak kahwin dengan rian ?"
Aku bukan gila. Ni yang aku mau. Banyak faktor tau. Lagipun memang dari dulu aku niat nak kahwin awal.
1. Perasaan menginginkan seseorang sentiasa disisi. Macam kemaruk ke apa orang akan cakap. Nak buat macam mana, dah perasaan ni datang awal.
2. Dah tak larat nak mengharap pada yang tak pasti. Mengharap kasih yang tak sudi. kehkeh. Jiwa pulak. Ya betul, aku tak boleh stop berharap. Sepanjang hari dan waktu, aku berharap. Bila nikah, aku ada sebab untuk berhenti berharap kat dia.
3. Nak ubah keadaan hidup. Aku dah bosan dengan cara hidup aku sekarang. Bangun ikut suka hati. Tak ada perancangan harian langsung. Gemar membuang masa. Bila dah nikah, otometik kehidupan akan berubah kan ?
4. Nak ada something yang buat aku jadi bertanggungjawab. Selama hari ni, mak aku yang masak. Aku cuma makan je. Dalam otak aku dah set, aku tak payah masak pun tak pee. Tapi kalau aku ni isteri orang, oh i HAVE to cook. Terus jadi fardhu ain kat aku.
5. Nak merasa uruskan sesuatu dengan rasa penuh tanggungjawab. Uruskan rumah, susun atur everything, semuanya afford aku sendiri. Sebab dah jadi assistant dalam rumah. hehe,
Agak-agak la kan, ada ke orang nak kan aku ?? Kalau ada la kan, dia kena ubati perasaan aku ni dulu. Hati aku dah nak dekat hancur, mungkin ambil masa nak sembuh. Tapi, aku pasti akan dapat mencintai suami aku tu sepenuh hati insyaallah.
25 May 2011
22 May 2011
HIDUP : Mudahkan dia.
Salam alaik. =.)
Jalanilah kehidupan macam kereta mainan bateri. Kalau dah sedar depan tu dinding dan tak boleh nak lalu lagi, please lah tukar je direction. Dunia ni luas.
Jalanilah kehidupan macam kereta mainan bateri. Kalau dah sedar depan tu dinding dan tak boleh nak lalu lagi, please lah tukar je direction. Dunia ni luas.
Walaupun kadang-kadang perjalanan itu umpama berjalan dalam lumpur.
*Pesanan buat diri.
16 May 2011
Apakah rasionalnya belajar jawi ?
Salam alaik ayyuhal kiram.
Tulisan jawi semakin terancam ? |
Apa rasionalnya belajar jawi ? Aku hampir tak nampak faedah belajar jawi kat Malaysia ni. Kalau nak baca al-quran, tak payah tau jawi. Malahan, mengajar jawi tu agak rumit bagi budak-budak. Aku rasa la kan, buku-buku subjek bagi sekolah agama rakyat kena tukar tulisan rumi je. Sebabnya ?
1. Buku ditulis dalam jawi merumitkan proses pembelajaran. Majoriti murid-murid tak reti membaca jawi. Darjah satu, lebih separuh kelas tak reti baca jawi. Begitu juga dengan darjah berikutnya. Hampir separuh kelas tak reti baca jawi. Keadaan ini merumitkan proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Tak guna ada buku, kalau tak dibaca di rumah. Subjek-subjek di sekolah agama rakyat adalah subjek teras agama. Basic bagi agama islam, diajar di srar. Nak harap sekolah kebangsaan, apa lah sangat. Tapi, disebabkan faktor jawi, murid-murid yang tak reti tu, takkan baca buku tersebut. Lain lah kalau ada mak ayah yang consern tolong ajar anak jugak.
3. Masa yang singkat. Masa yang diperuntukkan untuk p&p sekolah agama rakyat tak sampai 3 jam. Pulak tu kena bahagi-bahagi sampai satu subjek tu dapat dalam setengah jam je satu masa. Then, guru kena ambik masa untuk bacakan teks dalam buku, yang bertulisan jawi sebelum kemudian menerangkan kepada murid.
Atas tiga faktor kat atas ni, proses pembelajaran dan pengajaran agak rumit sedikit. Pada pendapat aku, sekolah agama rakyat ni bukan sekadar mengajar, tetapi berfungsi sebagai mendidik kanak-kanak tersebut.
Masa untuk mengajar jawi juga hanya beberapa jam seminggu. Amat tidak mencukupi tambah-tambah murid yang lambat pick up. Kesian dengan guru-guru. Murid lagi kesian. Tak cukup masa nak dapat didikan.
Sape boleh baca ni memang hebad lahh. Tak sia-sia belajar jawi dulu. =) |
Apa pun, entry ini hanya lah pandangan dan pendapat peribadi semata-mata.
07 May 2011
Budak bahasa skema dan pendiam ??
Pengalaman pun boleh mengajar. =) |
Bila dah masuk u ni, konon dah boleh timba banyak ilmu la kot. Takda apa pun nak cakap. Cuma nak memberi pandangan berdasarkan pemerhatian.
Aku budak belajar bahasa. So sekarang aku nak describe sikit budak bahasa ni dari sudut pandangan aku.
1. Budak bahasa ni kebanyakannya ala-ala skema tak buat bising ikut peraturan apa semua lah. Tapi bila berada dalam kelompok sendiri, baru nampak macam naik taring. Hal ni aku tak tau la sejauh mana kesahihannya. Cuma dari pemerhatian aku sahaja. Dan aku tak tau la apa pandangan budak bukan bahasa kat budak bahasa.
2. Majoriti yang duduk fakulti bahasa ni boleh dikatakan agak pasif. Ni dari segi perlakuan je. Pemikiran insyaallah aktif. Dah nama pun budak universiti. Kalau berjalan kat mana-mana pun, nampak macam sopan je. Takde nak kacau-kacau orang sangat.
3. Dari segi pakaian, takde yang bergaya sakan sangat. Yang malay either pakai baju kurung atau t-shirt biasa je. Chinese pun pakai t-shirt biasa je. Compared dengan jiran fakulti kitorang, sastera, bergaya gila budak-budak perempuan dia. Colouful kalah pelangi.
Pernah sekali, ada satu kelas untuk subjek universiti, fakulti bahasa bergabung dengan pusat sukan. Such a very big contras disitu. Memang nampak sangat, budak bahasa automatik jadi pendiam dan pasif. Budak pusat sukan pulak, diorang ni macam hyper sikit. Bising dan nampak macam havoc. Suka main-main, mengacah lecturer. While budak bahasa diam, walaupun kelas tu kat fakulti sendiri.
Sebaliknya pula berlaku bila budak bahasa duduk sekali dengan budak bahasa je. Agak bising tapi takde lah buat havoc macam budak pusat sukan. Tapi bagi yang memang pendiam tu, memang kat mana-mana pun dia diam jugak la kan.
So kesimpulan kat sini, budak bahasa ni bukan tak berani nak bersuara tapi diorang ni jenis bersuara bila perlu. Bila lecturer tanya, bila lecturer suruh bagi pandangan atau apa-apa saja lah yang dirasakan perlu. Tak bising macam tak tentu arah tu. Hehe. Pandangan aku ni bukan bias pun. Pendapat sendiri je.
Budak bahasa juga bukan tak menonjol. Cuma dia menonjol kat bidang lain. My senior pun ramai je yang berbakat gila dalam kepimpinan. Orang kuat dan wakil calon bagi pro-mahasiswa. =p
Gambar tak ada kena mengena. |
04 May 2011
Kenapa kau tinggal kenangan je ?
Salam semua. =)
Ya Allah dah bulan Mei dah. Sungguh aku tak sedar apa yang aku dah lakukan dengan lima bulan yang lepas. Terbuang macam tu je ke ? Sepanjang lima bulan tu jugak tak ada perkara penting atau besar berlaku pada aku. Sebab tu la tak terasa langsung masa dah berlalu kot. @_@,
Sebenarnya aku nak cakap pasal matlamat. Masa baru masuk semester ni, aku target akan dapat menguasai suku bidang aku sekarang ni sebelum tamat semester. Sekarang dah jadi apa ? Dah jadi kenangan ? Memang lah aku ni macam hangat-hangat tahi ayam. Takat niat je mana jalan la bebal. Astaghfirullah.
Apa lagi aku nak label diri aku ni ? Manusia. Memang dasar manusia ni pelupa kot. Aku bukan saja tak dapat nak capai matlamat aku tu, malahan aku belum pun mulakan tindakan tu. Untuk serius dan konsisten. Ahh, fail lagi. -_-"
Ini lah diri aku. Oke sekarang menyesal.
Aku sedar, segalanya perlu bermula. Ya langkah pertama itu penting. Sedang aku ? Buat ikut sempat je. Dan tak konsisten. Yang pasti, yang paling aku suka, aku dah JATUH CINTA. Alhamdulillah Ya Rabb. Bukan senang aku nak dapat cinta ni. Berapa tahun dulu cuba dipupuk.
Aku budak belajar bahasa. Dan sekarang aku betul-betul dah jatuh cinta dengan bahasa ni. Sangat sweet. ^_^, Tambah-tambah dalam lagu. Menyentuh perasaan. =)
Dan lagi satu aku sedar, matlamat tanpa jangka masa ni amat susah. Susah sebab kita rasa masa masih panjang. Padahal masa meninggalkan kita.
Jadikan hatimu indah. ^_^ |

Subscribe to:
Posts (Atom)