22 June 2011

Kadang-kadang otak memang blank.

3 comments
Sawatdee ka~ Salam 'alaik. 

Dah nak dekat dua minggu aku jadi student kat NUIC ni. Sangat best. Even aku ambik tiga subjek je. Hadoi sayang gila. Nak masuk kelas lain lagi sebab lecturer dia gila lah sporting. Tapi dah aku reg tiga subjek je. Kalau tau boleh ambik lebih, mesti aku ambik lebih. Dah terlambat.

Bukan aku nak story sangat pasal perenggan atas tu. Bosan kan ? Letak dalam jurnal peribadi boleh laa. zZz,

Kelas Conflict Management dengan Aj. Cha, best la jugak even dia ada sikit-sikit borink. The first class dia dah devide-devide kitorang sorang satu buddy, budak Thai and Malaysia. Buddy aku susah nak baca nama aku. Kahkah. First class dia ni tak banyak cakap sangat.

Aku hope nak dapat buddy lelaki, tapi dapat perempuan its oke lah. kahkakah. Her name is Ying. So tadi pagi class second, kitorang dah banyak cakap dah. Takde la kelas tu jadi borink. Ada la gak teman aku nak kacau and main masa tengah lecture.

Dak Ying ni kata english aku hebad. Err, mana ada lah, aku main tibai je. hahaha, Dia tanya aku dah cuba ke belum makanan Thai, then aku cakap la belum try sebab kitorang muslim tak boleh makan babi. zZz. Babi sangat femes dekat sini sampai lalu tepi kedai makan pun aku geli takut terkena bau gorengan babi. ngahaha.

Aku menyesal tak ambik lebih dari tiga kelas. wuwuwu~~~ Kalau tak, mesti lagi ramai budak Thai yang aku akan kenal.

16 June 2011

Second day at Phitsanulok.

2 comments
Salam 'alaik. =)


Hari kedua kat daerah Phitsanulok.



The second day, kitorang dah agak cukup tido. Sebab dah dapat rehat satu malam dalam hotel. Memang refresh tenaga balik. Awal pagi kitorang turun and hari tu café hotel ni serve muslim food. So kitorang boleh la makan. Lepas dah makan lepak-lepak kat luar café. Budak-budak Chinese kena pegi tukar seluar panjang sebab nak pegi wat.


Tengah duduk-duduk, then datang a girl, tanya if kitorang dari Malaysia ke ? Then sembang-sembang sikit. Nama dia Jun. Cantik orang dia. Sebelum ni dia dah pegi u kitorang. Kat NU study Political Science. Cam hebad je subjek.

Bila semua dah ready, kitorang naik bas nak bertolak ke Bandar Phitsanulok. First destination adalah wat. Aku dah lupa nama dia tapi ikut kata diorang, wat ni memang agak femes kat Thailand. Bila sampai kitorang empat jalan-jalan ambik gambar beli barang keliling tempat tu. Jun teman kitorang all the time. Sampai temple kitorang tunggu dia pray kejap. Dekat sini aku ada beli belt handmade. Cantik gak. Ambik je lah satu around 90bath.


Wat Yai

Jalan-jalan shopping.

Dekat Folk Museum.

Bas kitorang untuk hari kedua.


Jalan kat sana tengok-tengok barang kan, diorang semua tegur kitorang pakai bahasa Thai. Jun cakap diorang ingat kitorang budak thai jugak. Tak Nampak beza antara thai dengan malay. Haha, And kebanyakan peniaga kat situ tak boleh cakap English. Nasib ada Jun tolong translate.

Lepas tu, kitorang pegi Big C. Aku beli sim card thai kat situ. Sepanjang jalan, Jun memang teman kitorang. Nak beli ape-ape snack pun belek nak cari tanda halal. Masa nak ambik roti, takde cop halal. So baca dia punya ingredients dah macam okey, kitorang beli and tawakal aje la. Insyaallah halal.

Part nak terangkan solat tu apa, agak susah jugak lah. Sebelum tu CA Win cakap nak singgah masjid untuk kitorang solat kat city. Tanya kat Jun dia tak tau masjid tu apa. Even dah translate dalam English pun still dia blur. Kitorang solat and beli makanan kat situ coz kat situ ada gerai muslim. Tapi tak sempat makan pun sebab dah nak sampai folk museum. Kat museum cam biasa tangkap-tangkap gambar. Time tu memang dah letih pun. Panas gila kat sini.

So hari kedua dapat kenal dengan Jun yang memang baik sangat. At last, sebelum kitorang bertolak ke Tesco Lotus, Jun balik hometown dia dah. Takde sape boleh teman kitorang window shopping. Pegi kedai baju pun just tengok-tengok je sebab tak boleh nak communicate. Lain-lain bahasa. Hahah, Penuh dengan berjalan je hari ni. Super best. J

11 June 2011

Chan keteung kun !! =)

2 comments
Salam 'alaik. =)



At Naresuan University.

First day.
                
Flight pukul 9.30pm 9 jun, sampai Suvarnabhumi Airport pukul 11.50 macam tu. Aku agak tertinggal waktu nak cek passport. Tetibe cari diorang dah hilang. Memang kelam kabut jugak ah dalam hati. Tapi buat relax lagi. Dah la alat telekomunikasi ape pun dah takde. Rayau-rayau kejap. Nasib baik boleh jumpa diorang balik.
                
Tunggu around satu jam jugak la before orang yang nak fetch kitorang sampai dengan bas. Bas warna pink dua tingkat ada selimut. Cantik bas tu, siap ada orang lain tangkap gambar lagi. Benda yang paling best sekali waktu bile dapat tau kitorang akan stay hotel for a whole one month ! Gila lah kalau tak meloncat. Hahah, Perjalanan dari airport ke Phitsanulok 5 jam. Tido dalam bas la kitorang jawabnya. Nasib baik ada selimut.
                
Sampai hotel pukul 6.30am waktu Malaysia so kat sini around pukul 5.30. Budak hotel tolong angkatkan barang. Aku memang dah ngantuk tak fikir ape-ape. Hehe, Habis registration ambik kunci semua, masuk bilik, solat subuh then aku tido balik. Pukul 9 pagi sok dah mula aktiviti.
                
First aktiviti kitorang, pagi tu CA’s datang jemput bejalan masuk kawasan university. Kitorang pegi NUIC dengan elektrik car I think, forgot the name. Diorang ada ceremony nak sambut kitorang datang. Waktu tu jugak kitorang kena pilih 3subjects sepanjang program ni. Thai language is compulsory, so the other two we can choose. I take Conflict management and Human resource development. HRD kelas hari sabtu whole day. I cant believe myself for taking the subject that is teaching in weekends. Huahha, Takpe lah aku try.
                
After that, ade sikit cabaran untuk kitorang. Since we are in Thai, nak cari makanan halal memang betul-betul tak senang. CA Win try tunjuk kat kitorang muslim stall but they didn’t open that day. How unlucky we are. ==” We just buy some snack. But then, ada dua orang CA muslim datang petang tu, bagi kitorang makanan dari program diorang. Budak-budak freashi tengah orientation, so ada provide makanan untuk muslim student.
                
Sebelum pegi jumpa diorang punya president, kitorang g solat kejap. CA bawak naik moto. Oke part ni agak lawak. Waktu nak pegi balik kat tempat NULC, sorang lagi CA pegi mane ntah. CA Jia ajak naik moto tiga orang. I was just like WHAT ?? Tapi dalam hati je lah. Dah duduk dah tiga orang aku kat depan, then datang la CA lagi sorang. Memang nasib baik. Haha, Here it just a common. Diorang main bantai je naik moto berapa orang selagi muat.
                
So pukul 3pm kitorang ada meeting dengan president. I forgot his name already. Bila dia masuk kitorang pun berdiri. Tak sangka pulak dia just datang kat kitorang, bagi ceramah-ceramah sikit, tapi lenguh jugak la kaki ni kene berdiri je. Haha, Nasib baik aku duduk betul-betul depan dia. So boleh dengar apa yang dia cakap. Orang belakang dah tak dengar sebab dia cakap memang slow gila. Mungkin sebab dah tua.
                
Naresuan is then name of King. I’m not sure from dinasti apa and bila pemerintahan dia. Belum sempat google since kat hotel ni takde wifi. So bad. Aku kena hidup sebulan tanpa internet 24 hours. Huhu, Ada cable je kat bilik. So kena ganti-ganti. Tak best la pulak kalau aku nak enjoy-enjoy walking dalam internet while my friends kena tunggu.
                
At night pulak kitorang pegi tengok diorang punya blessing ceremony for freshy. Kitorang siap-siap dah turun semua, then CA bagitau ceremony tu Buddha punya ritual and kalau kitorang taknak join pun takpe. So we decided to go because we just want to watch not join. Sampai bangunan Students affair tu, masuk dalam dewan. Tengok freshi diorang macam penat je sampai tetido. Dewan tu dah ada picture King Naresuan besar punya, then ada tali-tali, pentas untuk monk and diorang memang dah hias untuk ritual tu.
                
The best part is watching persembahan diorang. I think the persembahan is not about Buddha because I had watch Thai drama and its about culture of thai. So when the monk dah sampai dia dah start meratip maybe. Bunyi-bunyi muzik semua cukup, dengan main lampu, nasib baik takde bau yang pelik. Hahah,
                
Then lepas tu, jalan balik hotel. The non-muslim pegi makan and kitorang empat orang muslim balik bilik solat and tido. Hari yang agak penat. Hari kedua nanti kat sambungan.

P/s: Update dengan kelam kabut.
 
Copyright © Inspiration Box
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur