23 November 2012

Kawan, kenalan, kekasih

1 comments
Salaam Alaikum. Salam hari jumaat. Penghulu segala hari.

Harini aku berseorangan di tengah ramai. Sebab nya ? Kawan aku pergi Sabah selama lebih kurang seminggu jugak laa. Ramai ? Sebab dalam rumah ni ada lagi sembilan kawan aku yang lain. 

Kawan - mungkin ada peringkat. Ni lah yang menyebabkan aku sedikit sunyi dan bosan. Hurm.



Pertama, kawan setakat menjalani kehidupan yang memerlukan kepada muamalat sesama manusia. Kawan peringkat ni sangat ramai. Rata-ratanya adalah yang kita jumpa semasa melakukan tugas harian. Dan keperluan kita terhadap mereka cuma sekadar itu sahaja. Tapi, tidak la pula sampai mempergunakan mereka.

Kedua, kawan yang aku akan hadap setiap hari. Tak kira macam mana pon, kena hadap juga. Contoh macam classmate dan housemate atau officemate (belum lagi). Mereka kawan juga. Pegi makan dengan mereka. Lepak kat fakulti dengan mereka. Study dengan mereka. Kalau housemate pulak, masak sama-sama, kemas rumah sama-sama, rebut bilik mandi sama-sama (hal ini aku jarang), dan hari-hari akan mengadap lah. Tapi, dalam hati lain pula yang berbicara.

Kawan yang seterusnya, kawan rapat aku. Dia boleh jadi beberapa orang dari kawan-kawan tahap kedua aku. Ada mereka, aku bercerita. Dengan mereka aku meluah rasa. Dengan mereka aku tak rasa awkward tak kesah apa situasi pon. Dan aku tak teragak-agak nak mem-bash mereka. Haha. Sebabnya, diorang pon macam tu dengan aku.

Selain itu, ada juga kawan untuk berkongsi pendapat dalam satu-satu isu. Kalau kawan yang ini, ia terpisah dari kehidupan daily life aku. Jadik kawan special case. Hikhik 

Er yang sebenarnya aku pon tak faham dah dengan pembahagiaan ni -,-

Tapi yang pasti, aku SAYANG kawan-kawan aku :) Kerana, bukan semua orang nak jadi kawan aku.


29 September 2012

Bahasa Melayu dimartabatkan.

2 comments
Salam alaikum kawan-kawan, sahabat dan pembaca sekalian. Keif haaluk ? Aku doakan semuanya baik. :)

Lamanya sudah tak menaip dalam box ni. Rasa janggal. Rasa macam buat karangan budak mentah. Tak apa lah for the warm up menulis balik. -,-

Thinking the same.


Bahasa Malaysia tu bahasa rasmi. Dan kerajaan pun nampaknya nak encourage orang-orang bukan melayu supaya fasih berbahasa Melayu. Subjek bahasa Melayu adalah wajib dipelajari disekolah. Jadinya, automatically mereka akan faham bahasa Melayu.

Tapi, ada satu hari, aku naik tren ETS dari tempat belajar ke kampung, kakak yang cekkan tiket tu ucap Terima Kasih kat semua penumpang berbangsa melayu lepas cek tiket. Bila sampai dekat yang bukan berbangsa melayu, dia ucap Thank You.

Aku pun terfikir, kenapa dia tak ungkapkan Terima Kasih je dekat uncle Cina dan Uunty India tu. Bukan ke Bahasa Melayu tu dah jadi bahasa bersama since dah adanya 1Malaysia kan. Mana perginya semangat keSatuan Malaysia tu.

Bagi aku, wajarlah cakap je Terima Kasih. Kalau foreigner pon dia masih boleh faham maksudnya Thank You. Simple word apa. And mestilah diorang dah ada sikit pengetahuan tentang negara yang mereka lawati. Apa-apa pun, ni pendapat dan pandangan dan perasaan aku je. Pandangan orang kan berbeza.

And by the way, aku sekarang student jurusan Bahasa Arab so aku kena jadikan Bahasa Arab tu cinta pertama aku. Hik hiks

06 June 2012

A sinner

3 comments
Everything are astray too far.

Everything are not mine anymore.
 
Copyright © Inspiration Box
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur