28 February 2011

Maju tak kalau macam ni ?

10 comments
Assalamualaikum. Selamat sejahtera. =.)


Gambar penyeri.


Bila ditanya tentang matlamat hidup, apakah yang akan anda jawab ? Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan matlamat hidup ? Aku pernah ditanya dan aku tak tau nak jawab apa. Sungguh. Kalau takat cita-cita boleh la lagi aku reka. Tapi bila bab matlamat hidup, blur-blur terus.


Sori bukan bahasa melayu.


Pernah terfikir, nak bukak consultant. Konon-kononnya lah kan. Tapi ni lebih kepada cita-cita bukan matlamat hidup. Takkan la nak hidup dengan mengikut arus je. Ape yang nak aku manfaatkan dalam hidup ? Masih lagi tercari-cari identiti. Hope aku akan jumpa tak lama lagi.


How bout anda semua ? Apa itu matlamat hidup ? Apa matlamat hidup anda ?

23 February 2011

Kebangkitan majoriti. Minoriti tak boleh buat apa-apa.

10 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera. =.)

Kebangkitan majoriti, minoriti tak mampu buat apa-apa. Hal ini lah yang terjadi di kebanyakan negara-negara arab. Apa yang menyebabkan dan bagaimana ia berlaku ? Segalanya memerlukan kekuatan dan keberanian. Apa guna majoriti yang tidak punya soul ? Tiada guna.

Mereka menginginkan keadilan dan hak. Hidup selama berpuluh-puluh tahun dibawah pemimpin yang sama, pasti banyak kesilapan-kesilapan pemimpin tersebut yang menindas rakyat. Corak kepimpinan yang sama menimbulkan perasaan bosan dan jemu.

Sekiranya pemimpin itu zalim, maka wajib untuk rakyat menjatuhkannya. Apakah makna zalim ? Zalim bukan sahaja membawa maksud melakukan kekejaman terhadap rakyat. Zalim yang sebenar membawa maksud tidak meletakkan sesuatu ditempatnya ataupun sebaliknya. Pemimpin yang tidak meletakkan syariat sebagai panduan, termasuk lah dalam maksud zalim tersebut.

Apabila pemerintahan hanya berlandaskan akal yang bertuankan nafsu semata-mata, banyak kelemahan-kelemahan yang terpamer. Seiring dengan sifat kejadian manusia itu sendiri yang lemah. Aturan-aturan syariat itu sudah lengkap kerana ianya diturunkan oleh pencipta manusia dan seluruh alam ini. Dia yang Maha Tahu segala apa kekurangan dan kesesuaian bagi makhluk-Nya.

Disebabkan kepincangan dalam pemerintahan, maka ramailah rakyat yang berasa tidak adil dan tidak mendapat hak. Sifat kediktatoran pemimpin tersebut telah menutup hatinya untuk mendengar suara-suara rakyat mahupun sebarang kritikan berhubung pemerintahannya. Waktu pemerintahan yang panjang, telah mewujudkan tembok ego yang kuat.

Jalan terakhir bagi rakyat adalah bangkit. Disebabkan mereka tidak punya sebarang senjata atau sebaris tentera pun, maka demonstrasi diadakan. Rakyat akan berkumpul disuatu kawasan sambil melaungkan slogan-slogan ketidakpuasan hati mereka.

Pemimpin, iaitu golongan minoriti, akan berasa takut dengan kebanjiran puluhan ribu manusia ini. Walaupun dilanggar dengan kereta kebal sekalipun, tidak mengurangkan semangat mereka. Bagi mereka, demonstrasi adalah jalan terakhir, maka wajib bertahan sehingga tujuan tercapai.

Kematian dihadapan mata tidak langsung memaksa mereka untuk menghentikannya. Malahan memantapkan lagi kekuatan jiwa mereka. Pemimpin berhati syaitan memang tidak akan diterima. Menguatkan lagi alasan mengapa dia harus digulingkan.

Oleh itu, pemimpin tersebut takkan mampu berbuat apa-apa selain menyerah kalah sahaja dengan meletakkan jawatan. Biarpun puluhan ribu rakyat terkorban, dia tak akan mampu untuk mempertahankan pemerintahannya. 

Ini semua yang ada dalam otak aku sekarang. Bukan cuba mengulas ataupun cuba menyimpulkan. Hanya terfikir.

Bersama-samalah kita berdoa dan melakukan solat hajat bagi kemenangan rakyat-rakyat di negara arab. Semoga kebenaran tertegak dibumi mereka. Hapuskan pemimpin yang batil.

Di Libya, rakyat tak bersenjata dihujani peluru berpandu yang menghancurkan jasad.

20 February 2011

Bila aku bosan.

13 comments
Salam sejatera semua~ Aku tengah bosan gila nih. Kesian aku. Hukhuk. Aku nak hilangkan bosan ni. Nak kawan. HAHA. Cam gedik. Sebenarnya aku tak boleh dok diam je macam ni. Aku nak bising-bising. Aku nak gelak-gelak. Aku tak boleh macam ni. Adeh jangan la gila lagi. Apa boleh aku buat eh ?


1. Study. Oh no aku tak boleh nak study time bosan (alasan). 


2. Makan. Haah nih pun best. Tapi masalahnye semua stock makanan aku dah nak habis. Tak dapat bercakap, aku makan la kan.


3. Keluar berjalan. Tak mungkin ah aku akan buat yang nih. Nak jalan kena ada duit banyak. Baru berkeyakinan.


4. Tido. Taknak ! Aku sayang waktu aku. Time is gold. Hahha poyo pulak.


And the last, aku pegi online fesbuk, tengok sapa yang online, aku pegi kacau. Yeay ! Ada respon. Err. . actually, aku rindu suasana satu bilik enam ke tujuh orang. Baru boleh bising. Nih dua orang je. Aku berjaga siang. Rumet aku bertido siang. Adehh.


Oke bye~


Kalau anda bosan ??

19 February 2011

Bila berada di shower.

6 comments

Salam alaikum. Selamat malam ahad. =.)

Takda kena mengena.

 Bila berada di shower aku akan. . . oke sebenarnya nak cakap pasal benda yang aku tak suka tentang shower. Rasanya ramai yang tak suka tapi memandangkan aku bukanlah buat kajian pun, so sebab tu aku tulis AKU yang tak suka.

1. Rambut tertinggal-tinggal. Nih biasa bagi perempuan lah. Rambut panjang, time shampu rambut gugur, pastu main tinggal je kat lantai. Ada gak yang pesen lekat-lekat kat dinding. Sumpah aku tak suka. Kutip la balik rambut-rambut tu pegi buang kat tong sampah.

2. Buih-buih sabun merata. Aku agak geli bila tengok situasi camtu. Tambah-tambah kat shower feberet aku. Nih mandi ke cuci bilik air nih ? Haih, dari lantai ke dinding habis penuh buih. Terpaksa aku ambik masa nak curah air satu shower tu. 

3. Tinggal sampah. Adui yang ni lagi la. Tak tau nak kata apa. Selamba je. Memang la esoknya ada cleaner tolong bersihkan. Tapi, makcik tu membebel tau tak ? Aku kesian. Betul, aku kesian dengan makcik tu.

4. Tinggal pad. Tinggal pad yang dah guna. Ni semua orang tak suka rasanya. Kalau aku yang nampak, aku ambik kertas tebal oh nak kutip benda tu tolong buangkan. Maybe dia terlupa. Pada hemat aku, tak ada orang yang dengan sengaja tak mau kutip pad dia.

5. Yang ini nak tulis pun aku dah jijik dah. Lekat dia punya hingus kat dinding. Taknak explain lebih. Geli.

Kesian orang yang nak mandi lepas dia. Situasi-situasi kat atas nih biasanya berlaku kat hostel lah. Kalau kat rumah, memang aku dah jerit dah. Ye lah sapa lagi kalau bukan adik-adik aku jugak. Haha. Tapi kat hostel, mana la berani aku nak buat camtu. Bukannya ketua kebersihan pun kan.

Sekian. 

16 February 2011

Mengantuk di kelas.

16 comments
Salam sejahtera. ^_^


Kisah mengantuk dalam kelas. Masa sekolah rendah, fenomena nih tak penah jadik kat aku pun. Hari-hari tengok budak yang stay asrama(sekolah aku ada sediakan asrama) tidur dalam kelas. Aku macam, ape ke hei nye diorang ni bantai tido dalam kelas ? Pelik beno. Kat asrama kerje basuh baju je ke manjang ?


Habis laa buku tu ! Hahah.


Form 1.
Masuk je form 1 pegi sekolah asrama penuh. Hari first, bangun bukan main awal pastu tunggu turn shower. Sampai je kelas mengantuk sangat-sangat. Ingatkan aku sorang je. Pusing-pusing belakang, habis nak dekat satu kelas dah letak kepala atas meja. Aku pun tiru la jugak. Diorang mempengaruhi aku. HAHA. Nih belum masuk tulisan kat buku(especially nota) ala-ala tulisan sanskrit. Hehehe.


Form 2.
Dah jadi kebiasaan pun tidur dalam kelas. Tak kira laa cikgu tengah bersyarah pun. Paling best bila cikgu suruh buat latihan, haramm. Semua pakat sembunyi kepala disebalik buku. Then bila waktu prep pulak, setengah jam mula kelas pakat gosip dan bersembang. Sejam lagi diisi dengan tidur. Loceng tamat berbunyi je, otometik semua yang tido tu bangun, angkat beg terus jalan balik asrama. Keadaan nih berkurang bila tiba time exam SAHAJA. =_=''


Form 3.
Oh tahun ni ramai yang dah punya kesedaran diri. Maklum laa nak exam besar la konon. Tidur dalam kelas dapat dielakkan memandangkan waktu nih dah tak terikat dengan banyak program kat asrama sangat dah. Dah ada sikit kebebasan yelah senior menengah rendah la katakan. Heh. So takda la penat sangat sampai terpaksa korbankan waktu pembelajaran dengan tidur. Hahaha. 


Form 4.
Terpengaruh dengan kata-kata orang yang form 4 ni honeymoon year. Tak ada exam besar dan dah jadi senior. Memang dengan selamba saje aku pegi bilik sakit untuk tidur. Selalu je tempat aku akan kosong. Tambah-tambah bila ada cikgu yang nak buat kelas kat surau ke, kat dewan ke, konfem aku menghilangkan diri. Jahat. Ni semua gara-gara malam kitorang gossiping sakan sampai tidur lambat. Huh !


Form 5.
Dah ada improvement dah dalam mengurangkan ketiduran ketika belajar. Just ada certain-certain subject jeh yang ramai akan tidur. Contohnya bahasa arab. Hek3. Disebabkan ustazah tu tak penah marah langsung sapa tak tumpu perhatian. Ya memang bila tengok je jadual, nampak subject nih dua masa, dah set dah dalam kepala, okeh ni waktu aku tidur. Sangat tak baik bukan ? Waktu ni jugak dah pandai tidur secara berhemah. Bila waktu prep study dulu sikit-sikit lepas tu baru sambung dengan tidur sambil buku di riba. SPM beb !


Gambar ni main hentam je kutip kat google.


Form 6.
Hah waktu ni memang aku impressed dengan diri sendiri. HAHAHA. Sebab aku tak tidur langsung waktu pembelajaran. Ni serious ! Kawan-kawan aku semua tersengguk bagai. Tapi aku tak. Nih kat kelas je lah. Bila balik bilik aku yang tidur paling banyak dari kawan yang lain. Hehhe. Maybe sebab ni la kot. :p


p/s: korang ada tak cerita tidur dalam kelas yang lucu atau pun menyayat hati ?
 
Copyright © Inspiration Box
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur