Kebangkitan majoriti, minoriti tak mampu buat apa-apa. Hal ini lah yang terjadi di kebanyakan negara-negara arab. Apa yang menyebabkan dan bagaimana ia berlaku ? Segalanya memerlukan kekuatan dan keberanian. Apa guna majoriti yang tidak punya soul ? Tiada guna.
Mereka menginginkan keadilan dan hak. Hidup selama berpuluh-puluh tahun dibawah pemimpin yang sama, pasti banyak kesilapan-kesilapan pemimpin tersebut yang menindas rakyat. Corak kepimpinan yang sama menimbulkan perasaan bosan dan jemu.
Sekiranya pemimpin itu zalim, maka wajib untuk rakyat menjatuhkannya. Apakah makna zalim ? Zalim bukan sahaja membawa maksud melakukan kekejaman terhadap rakyat. Zalim yang sebenar membawa maksud tidak meletakkan sesuatu ditempatnya ataupun sebaliknya. Pemimpin yang tidak meletakkan syariat sebagai panduan, termasuk lah dalam maksud zalim tersebut.
Apabila pemerintahan hanya berlandaskan akal yang bertuankan nafsu semata-mata, banyak kelemahan-kelemahan yang terpamer. Seiring dengan sifat kejadian manusia itu sendiri yang lemah. Aturan-aturan syariat itu sudah lengkap kerana ianya diturunkan oleh pencipta manusia dan seluruh alam ini. Dia yang Maha Tahu segala apa kekurangan dan kesesuaian bagi makhluk-Nya.
Disebabkan kepincangan dalam pemerintahan, maka ramailah rakyat yang berasa tidak adil dan tidak mendapat hak. Sifat kediktatoran pemimpin tersebut telah menutup hatinya untuk mendengar suara-suara rakyat mahupun sebarang kritikan berhubung pemerintahannya. Waktu pemerintahan yang panjang, telah mewujudkan tembok ego yang kuat.
Jalan terakhir bagi rakyat adalah bangkit. Disebabkan mereka tidak punya sebarang senjata atau sebaris tentera pun, maka demonstrasi diadakan. Rakyat akan berkumpul disuatu kawasan sambil melaungkan slogan-slogan ketidakpuasan hati mereka.
Pemimpin, iaitu golongan minoriti, akan berasa takut dengan kebanjiran puluhan ribu manusia ini. Walaupun dilanggar dengan kereta kebal sekalipun, tidak mengurangkan semangat mereka. Bagi mereka, demonstrasi adalah jalan terakhir, maka wajib bertahan sehingga tujuan tercapai.
Kematian dihadapan mata tidak langsung memaksa mereka untuk menghentikannya. Malahan memantapkan lagi kekuatan jiwa mereka. Pemimpin berhati syaitan memang tidak akan diterima. Menguatkan lagi alasan mengapa dia harus digulingkan.
Oleh itu, pemimpin tersebut takkan mampu berbuat apa-apa selain menyerah kalah sahaja dengan meletakkan jawatan. Biarpun puluhan ribu rakyat terkorban, dia tak akan mampu untuk mempertahankan pemerintahannya.
Ini semua yang ada dalam otak aku sekarang. Bukan cuba mengulas ataupun cuba menyimpulkan. Hanya terfikir.
Bersama-samalah kita berdoa dan melakukan solat hajat bagi kemenangan rakyat-rakyat di negara arab. Semoga kebenaran tertegak dibumi mereka. Hapuskan pemimpin yang batil.
Di Libya, rakyat tak bersenjata dihujani peluru berpandu yang menghancurkan jasad. |
10 comments:
berfalsafah..
luas je pandangan
huahha. . lecturer yg ajar kat kelas,
rajin mngutarakan pasal ni. hoho,
thats y we need to work tgether...bukan kuasa yg cntrol kita, but kita yg cntrol smua..kita mrancg tp Allah yg mnntukan..nice ntry
the first thing mesti ada kesedaran. kemudian keberanian. yang hak akan tertegak insyaallah. =.)
pendapat yang sungguh menarik...
terfikir saja. =.)
nice entry ! good job ! relatekan negara kita will be more efficient . mcm mane dengan malaysia lak ? kebebasan semakin diambil
di negara kita ? em, kebebasan disekat tu xterasa lg n xde pengetahuan kat situ. tp klu pasal agama yg makin diabaikan rasa la jgk. =)
mungkin kita x terasa , tapi kalau tengok dengan betulnya , bila ada demontrasi aman pon kene sembur pemedih mata , kene pukul dgn fru , msk isa , itu dh nmpk dh xbebas . paper2 hari ni berpihak pd 1 pihak . dan sekarang kerajaan sedg membuat akta baru utk menyekat kebebasan bersuara di internet
hm, itu sy tahu juga. since my skul dulu pun against kerajaan jgk. and my teacher pun ada gak pena kene ISA for unclear reason. huhhu.
kerajaan cuma mau jaga hal diorang je.
agak coward dgn akta2 yg tak membebaskan bersuara.
ni la pndgn sy. blum lg nak tulis sbg entry. ^_^
Post a Comment