14 April 2011

Doa.

6 comments


Doa adalah senjata orang mukmin yang paling mustajab.


Ni adalah kata-kata seorang guru aku. Waktu tu, umat islam di Palestin, di negara-negara arab lain sedang dalam peperangan. Tapi apa yang kita, umat islam lakukan apabila saudara kita sendiri dizalimi oleh kaafirun ?


Kita, rakyat sebuah negara islam, dan kita tak punya apa-apa kuasa untuk bantu mereka. Kita tak boleh dengan nekad pergi berperang untuk mereka. Kita tak berdaya dan kita tak mampu.


Yang kita ada, hanyalah DOA. Kita berdoa buat kesejahteraan mereka. Kita berdoa semoga Allah memberi kemenangan pada muslimin. Kita berdoa semoga mereka tabah menghadapi ujian Allah itu.


Jadikan doa itu amalan kita seharian.


Doa bukan hanya atas tikar sembahyang je. Dan bukan sebelum makan je ada doa. Dalam kehidupan kita, nak buat apa pun ada doa. Doa tu umpama pelindung diri. Contohnya, doa masuk tandas. Err. . sapa tak hapal boleh google. =)


Macam yang kita tau, tandas tu tempat banyak syaitan. Dan bila kita masuk tandas, kompem-kompen kena buka aurat. Jadi sebab tu ada doa yang bermaksud, kita mintak dilindungkan dari syaitan jantan dan syaitan betina.


Banyak lagi la doa-doa untuk aktiviti harian kita. Dari bangun tidur sampai la masa nak tidur balik. Semuanya dah diajar waktu tadika dan sekolah agama rakyat. Tinggal kita nak amalkan je. Paling-paling pun, mulailah sesuatu aktiviti kita dengan Basmalah, iaitu bismillahirrahmanirrahim.






*Untuk improvement diri sendiri juga.


Sekian.

13 April 2011

Ayah. .

6 comments
Ayah, aku tahu betapa gembiranya ayah menyambut kelahiran aku. Walaupun ketika itu ayah tak ada harta apa-apa. Tapi dengan ikhlas ayah membesar dan memanjakan aku. Ayah beri aku nama yang unik, memiliki maksud mendalam.


Ayah, aku telah diberi pelajaran yang sempurna olehmu. Dimasukkan ke sekolah yang berteraskan agama. Ayah tak nak aku dibiar bebas bergaul dengan keliberalan sekolah kebangsaan.


Sedang aku meningkat melalui zaman remaja, ayah tak pernah mengecewakan setiap permintaanku. Ayah akan berusaha memenuhinya juga walaupun mengambil masa. Aku tahu, ayah tak boleh tengok kalau aku tarik muka.


Tetapi, selama meningkat dewasa, aku tak pernah bilang pada ayah walau sekalipun, yang aku sayangkan ayah. Tak pernah langsung aku ucap terima kasih atas segala apa yang ayah dah lakukan buat aku.


Aku tak pernah membalas apa-apa pun jasa ayah. Walau ayah dah berikan yang terbaik. Tak pernah juga aku cuba meringankan beban ayah sedikitpun. Aku sedar itu. Adakah ayah bahagia punya anak seperti aku ? Adakah aku membanggakan ayah ?


Aku sedar segala pengorbanan ayah takkan terbalas. Aku hanya mampu berterima kasih. Terungkapkah kata-kata itu ? Aku harap, aku masih ada ruang dan waktu, bagi mengucapkan "Terima kasih ayah" dan "Aku sayangkan ayah".


Uhibbuka jiddan ya baba ! 



04 April 2011

Masihkah ada rindu ? (*_*)

8 comments
- Rian dah putus dengan Nuar.
- Fadhli kawan Nuar.
- Fadhli sembang IM dengan Rian.


" Datang booth kitorang tau. Ada pemeriksaan kesihatan."
" Kau satu group dengan Nuar ?"
" Haah. Datang je esok. Boleh jumpa Nuar."
" Tak berani la nak datang. "


Lusanya, Rian teringin nak pegi cek kesihatan. Diajaknya beberapa orang teman, yang juga nak cuba.
Dah sampai depan booth, Rian tinjau kedalam. Nampak Fadhli. Tak nampak Nuar. Oke boleh masuk. :)


Tengah isi borang untuk pendaftaran. Fadhli jaga meja pendaftaran.


Tiba-tiba. . .


' Fadhli, jom teman aku pegi bank kejap. '


Rian perasan yang seseorang datang dibelakang, dan bila terdengar saja suara itu, Rian jadi berdebar, denyut jantung bertambah laju. Rian kenal dengan suara itu. Tapi Rian taknak toleh kebelakang dan melihat empunya suara tersebut.


Fadhli dah senyum-senyum. Dan berkata,


" Perhh. . Elok dah berdiri sebelah-sebelah. Ce toleh belakang kejap Rian. "


Rian toleh dan. . Nuar dekat depan Rian !


Aduhh, dah lah jap lagi nak cek kesihatan. Rian dah dapat agak mesti something will goes wrong nanti.


Bila sampai dekat kaunter cek heartbeat, 132 !! Akak tu tanya Rian,


" Dik, kenapa jantung laju sangat ni. Penat buat kerja ke atau cuaca panas sangat ? Tinggi sangat ni dik. Dari semalam sampai hari ni, adik la catat heartbeat tertinggi. "


Rian terdiam.






Adakah Rian masih mencintai Nuar ?
Adakah Nuar masih membuatkan hati Rian berdegup kencang ?


Ahh. . persoalan.

03 April 2011

Jangan beria boleh ?

0 comments
Dear ******* *****,

Kesimpulan, jangan jadi orang yang poyo menulis tentang cinta sehabis jiwang dan buat-buat tak menyedari yang dia dah pun meng'dump' orang. Mungkin nampak bagus, tapi orang yang di'dump' tersebut berasa menyampah dan berasa mahu menjerit satu dunia supaya jangan percayakan mamat nih.

Sekian. 
 
Copyright © Inspiration Box
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur