Ayah, aku telah diberi pelajaran yang sempurna olehmu. Dimasukkan ke sekolah yang berteraskan agama. Ayah tak nak aku dibiar bebas bergaul dengan keliberalan sekolah kebangsaan.
Sedang aku meningkat melalui zaman remaja, ayah tak pernah mengecewakan setiap permintaanku. Ayah akan berusaha memenuhinya juga walaupun mengambil masa. Aku tahu, ayah tak boleh tengok kalau aku tarik muka.
Tetapi, selama meningkat dewasa, aku tak pernah bilang pada ayah walau sekalipun, yang aku sayangkan ayah. Tak pernah langsung aku ucap terima kasih atas segala apa yang ayah dah lakukan buat aku.
Aku tak pernah membalas apa-apa pun jasa ayah. Walau ayah dah berikan yang terbaik. Tak pernah juga aku cuba meringankan beban ayah sedikitpun. Aku sedar itu. Adakah ayah bahagia punya anak seperti aku ? Adakah aku membanggakan ayah ?
Aku sedar segala pengorbanan ayah takkan terbalas. Aku hanya mampu berterima kasih. Terungkapkah kata-kata itu ? Aku harap, aku masih ada ruang dan waktu, bagi mengucapkan "Terima kasih ayah" dan "Aku sayangkan ayah".
Uhibbuka jiddan ya baba ! |
6 comments:
baiknya awak.. ehhehe.. syukurlah kerana masih mempunyai bapa dan lagi-lagi bapa sayang pada anak-anak mereka..... err.. ayah ko bace x entri ko nih? :P
latest entri:
final exam sem. 4 bakal menjelma
ayah aku mana tau psl bende2 ni.
cdg nak tulis surat je, tp segan. hehhe.:D
hehehe.. tau pun segan.. aku pon segan ngan ayah aku..tp aku betul2 respect ayah aku :)
citer la psl ayah ko. hehe,
haah segan. some people yg dah biasa maybe tak segan kot nak cakap sayang2 dgn ayah.
dulu pon xpernah ckap terima kasih , rasa malu rasa segan . tapi bila dah besar , cuba juga . tapi nak ckp sayang dalam message leh r . huhuhu
segan cam mana pun kena cuba jgk kan.
hmm, nanti kalau tak sempat langsung, menyesal tak sudah terus. huhhu,
Post a Comment