23 November 2012

Kawan, kenalan, kekasih

Salaam Alaikum. Salam hari jumaat. Penghulu segala hari.

Harini aku berseorangan di tengah ramai. Sebab nya ? Kawan aku pergi Sabah selama lebih kurang seminggu jugak laa. Ramai ? Sebab dalam rumah ni ada lagi sembilan kawan aku yang lain. 

Kawan - mungkin ada peringkat. Ni lah yang menyebabkan aku sedikit sunyi dan bosan. Hurm.



Pertama, kawan setakat menjalani kehidupan yang memerlukan kepada muamalat sesama manusia. Kawan peringkat ni sangat ramai. Rata-ratanya adalah yang kita jumpa semasa melakukan tugas harian. Dan keperluan kita terhadap mereka cuma sekadar itu sahaja. Tapi, tidak la pula sampai mempergunakan mereka.

Kedua, kawan yang aku akan hadap setiap hari. Tak kira macam mana pon, kena hadap juga. Contoh macam classmate dan housemate atau officemate (belum lagi). Mereka kawan juga. Pegi makan dengan mereka. Lepak kat fakulti dengan mereka. Study dengan mereka. Kalau housemate pulak, masak sama-sama, kemas rumah sama-sama, rebut bilik mandi sama-sama (hal ini aku jarang), dan hari-hari akan mengadap lah. Tapi, dalam hati lain pula yang berbicara.

Kawan yang seterusnya, kawan rapat aku. Dia boleh jadi beberapa orang dari kawan-kawan tahap kedua aku. Ada mereka, aku bercerita. Dengan mereka aku meluah rasa. Dengan mereka aku tak rasa awkward tak kesah apa situasi pon. Dan aku tak teragak-agak nak mem-bash mereka. Haha. Sebabnya, diorang pon macam tu dengan aku.

Selain itu, ada juga kawan untuk berkongsi pendapat dalam satu-satu isu. Kalau kawan yang ini, ia terpisah dari kehidupan daily life aku. Jadik kawan special case. Hikhik 

Er yang sebenarnya aku pon tak faham dah dengan pembahagiaan ni -,-

Tapi yang pasti, aku SAYANG kawan-kawan aku :) Kerana, bukan semua orang nak jadi kawan aku.


1 comments:

Anon13 said...

awww!!! aku sudi jadi kawan kau! hahaha

 
Copyright © Inspiration Box
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur