15 February 2011

Jangan memberontak dulu.

6 comments
Salam. =.)

Haritu aku tiba-tiba cakap pasal ini (bahasa). Sebenarnya ada kisah disebalik tu. Isnin minggu lepas secara tiba-tiba dapat surat bagitau ada mukhaiyam(camping) bahasa. WAJIB. Kalau tak pegi tak dapat markah.

Aku macam, what ?? o_O. Punya lah memberontak gila hati. Memang tak ikhlas langsung aku masa dalam perjalanan. Mula-mula sampai, rehat. Then start the session. All people MUST speak in arabic. So otometik aku jadi pendiam. Tau la sebab apa kan ? Hehe.

Bila dah lalui, ohh serious aku rasa macam orang bodoh nak memberontak awal-awal kan. The complaint is turn to compliment. Masyaallah. So impressed dengan lughah kakak dan abang master. Sangat fluence.


Kumpulan aku nama bir (بر) maksud dia kebaikan. Memang champion lah menang 4 hadiah. Haha. Paling best, part lakonan spontan. Kitorang dengan muka mengantuk, tiba-tiba kena panggil kedepan, diberi arahan terus kena lakonkan on the spot jugak. Mana tak segar terus mata.

Kena lakonkan part ibu ajar anak berjalan. Hahah. Enjoy gila. Tapi sayang je, aku tak boleh speak arabic. So it quite dissappointing me. Hah tu laa malas belajar lagi. Camping camnih bukan selalu dapat. Ditaja sepenuhnya plak tuh. Pity of me. Oke regret. =_='


Waktu ni nak main bola tutup mata. The boys bagi instruction in arabic. Fun! Menang !

But, this programme really-really gives me some spirit. Very beneficial. And i hope, my passion in this field will never fade away. Allah, help me !

At the last session that is acara penutup, our ustaz said, "Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu yang berusaha mengubah nasib mereka sendiri". Betul-betul menusuk hati dan diri aku yang malas ni lah. Hehhe.

Sekian.


10 February 2011

Tulis pasal bahasa ada orang nak baca ?

6 comments
Selamat.


Selalu aku melalui situasi ni.


''Er. . aku arab-arab ni tau ana anta je"
''Arab susah la''


Aku rasa lah kan, bahasa arab ni harus dipelajari oleh masyarakat islam. Tak kira laa dia bangsa apa sekalipun.


Erghh. . apa yang aku cuba simpulkan malam ni ? Idea aku tenggelam timbul. Kejap rasa macam ada idea. Bila jot down, huh apa aku maksudkan ?


Oke lah jum cakap pasal bahasa Arab. Bahasa Arab mula wujud masa zaman Nabi Ismail lagi. Tahu kisah Nabi Ismail kan ? Kronologi dia begini, mula-mula Nabi Ismail ditinggalkan di lembah tandus Mekah. Selepas mengalirnya air mata air iatu Zam-zam (tahu kan), telah mula terjadi petempatan kat situ. Bila ada petempatan mesti akan wujud bahasa kan ? Yes, bahasa arab lah.


Bahasa Al-quran. Itu sudah pasti. Ayat dalam Al-quran tu amat-amat teliti. Tak boleh nak terjemah direct terus. Mesti ada penerangan panjang pasal ayat tu. Inilah salah satu faktor Al-quran turun dalam bahasa arab.


Kaya dengan kalimah. Satu kalimah arab tu, boleh dipecahkan lagi dengan berlaku penambahan huruf, dan membawa maksud berlainan bagi setiap satu. Kalau dalam bahasa melayu pun ada. Penambahan men, ber, ter semua tu, tapi membawa maksud yang sama, cuma penggunaan sahaja berbeza.


Sedap pada pendengaran. Perasan tak bila kita dengar bacaan Al-quran, tak pernah ada yang jemu. Padahal dah beribu tahun Al-quran tu dibacakan. Bukannya ada penambahan ayat atau pembaikan atau seumpamanya dibuat pun. Er, ada jugak bahasa yang buat kita (bukan penutur) tak suka dengar.


Tiada perubahan. Bahasa arab tak banyak perubahan dari segi vocab, tatabahasa dan seangkatan dengan dia lah. Oke cuba tengok bahasa melayu. Ada beza kan antara melayu yang kita guna sekarang dengan melayu klasik. Totally different kan ?


Bagi aku la, bahasa arab ni sangat-sangat sinonim dengan masyarakat islam. Tak patut lah kalau ada yang tak tau langsung pasal bahasa arab nih. Tiap-tiap hari sebut dalam solat, dalam zikir, masa baca Al-quran sejak kita kecik lagi. Dan sampai mati.


Sekian. Ada tak yang setuju ?

07 February 2011

Cinta masih bisa tersenyum.

15 comments
Selamat malam. ^_^ Tak kesah ah baca waktu tengahari ke. Anggap je la aku nak wish malam korang. 

Lagu cinta yang bertemakan putus cinta memang best kan untuk didengar ? Suara macam shahdu je maklum la putus cinta kan. Mana ada yang happy. Melainkan dia yang mintak putus dek kerana rimas dengan pasangan. Oh waktu tu memang heaven gila lah. Bebas.

Siapa yang dah sakit dengan lagu cinta ? Berharap dapat matikan radio yang konon-konon tak boleh dimatikan ? *lagu Ne-Yo. Jom try dengar lagu nih pulak. Ubat kepada lagu cinta. Dari Ada band.



Cinta masih bisa tersenyum

Bila jiwaku kini berduka apa ubatnya
Adakah penawar untuk hati yang terluka
Bagai melayang di kehampaan kosong jadinya
Ruang rindu berubah menjadi tak bernyawa

Cinta masih bisa tersenyum padaku
Walau kau telah menyakitiku
Tinggalkan semua begitu saja
Hilang ditelan sang bumi

Mampukah diriku menghadapi hari esok
Yang penuh dengan hangat cahaya sinar mentari
Esak tangis bukanlah menjadi milik diriku
Akan ku gapai segala harapan yang tertunda

Cinta masih bisa tersenyum padaku
Walau kau telah menyakitiku
Tinggalkan semua begitu saja
Hilang ditelan sang bumi

Cinta masih bisa tersenyum padaku
Hanya waktu yang mampu pulihkan
Kegelisahan tiada berujung
Berganti dengan bahagia

Jangan mengukur cinta dengan materi
Masih banyak hal yang lebih penting

Sangat suka dengan lirik dia. =.) Sesapa yang malas nak dengar try ah tengok lirik dia saja. Hehe. Then forwardkan kat siapa-siapa yang mungkin sedang patah hati ?

Sekian.





03 February 2011

Sikit-sikit nak sensitip.

7 comments


Esok mak ajak pergi kenduri kahwin.


Aku dah terdiam. *_*


Bukan aku taknak. Tapi semacam ada percikan perasaan aneh dalam hati. Ianya umpama asid menitis atas polisterin. Jadi apa agak-agak ? Ya itulah yang aku rasa.


Aku akui aku pernah memasang litar impian untuk disatukan dengan orang tersayang. Sayangnya impian tu terpadam sebelum sempat ia menyala dengan terang. Ahh ayat melalut. Tapi itulah kebenarannya.


Jadi bila pergi ke majlis kahwin orang, perasaan terkilan masih berbekas. Biasalahh perempuan kan. Sikit-sikit nak touching. Oke aku mengaku itu.


Tapi sampai bila ? Aku tak boleh tenggelam dalam perasaan sendiri. Aku ambil kesimpulan, dengan ujian ini, aku dapat mempelajari, seterusnya mempraktikkan dalam rencah kehidupan aku iaitu;


Mendoakan KEBAHAGIAAN orang, meraikan KEBAHAGIAAN orang, tersenyum melihat KEBAHAGIAAN orang, insyaAllah kita akan mendapat KEBAHAGIAAN kita.




02 February 2011

Tak boleh kalau tidak !

2 comments
Salam 'alaik. Selamat pagi or petang or malam, tak kesa lah.


Kesian dengan student-student yang dok belajar kat Egypt sana. Berat ujian diorang. Ketakutan tu merupakan ujian jugak. Dah tak boleh nak senang-senang macam kita kat Malaysia. Sama-sama lah doakan diorang selamat dan tabah hadapi benda nih. Amin.


Sekarang aku kat rumah. Adik-adik-adik aku pun semua dah cuti. Mula la start dah ada pergaduhan antara adik laki aku. Adik perempuan baik je. Mungkin sebab dah besar kan. Kecik-kecik dulu sakan gak gaduh terutamanya dengan aku. Kihkih.


Aku pulak, meng-internet 12jam berturut-turut la. Kejap-kejap belek fesbuk, pastu pegi baca blog-blog orang. Dah bosan sangat dengar lagu kat youtube. Tu jeh la ulang-ulang. Oh aku ada assignment ! Tp esaimen aku pakai tulis tangan jeh. Hehhe. Suka jugak sebab aku lembap gila taip arabic kat laptop.


Sedap-sedap chatting dgn member (kebetulan ada member yg dah lama tak online, online), tiba-tiba lost connection pulak. Aihh. Rasa lagi nak marah bila tau modem kena cabut. Hukhuk. Tak syak lagi.




Mula-mula dengar ayah aku bising-bising. Mesti laa bukan bising kat aku kan. Nih sebab adik aku layan fauna sphere sampai ape benda pun dia tak buat. Membeku je depan laptop. Tak ke gila ? Huh, apa yang dia ketagih sangat tak tau. Berenti untuk makan je. Mana ayah aku tak hangin.


Last-last modem kena cabut. Giloss. Seminit dua aku boleh sabar. Then aku pegi mintak ayah modem. Konon buat gaya tengah urgent gila nak buat esaimen. Kehkeh. Padahal macam aku cakap tadi, aku takde esaimen yang memerlukan internet.


Dan, aku dapat balik modem. Yess !! Okeh kena sorok laptop mak. Risau jap lagi adik aku main game lagi. Tak memasal modem ditarik balik. Tak boleh kalau tak ada !







 
Copyright © Inspiration Box
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur