10 February 2011

Tulis pasal bahasa ada orang nak baca ?

Selamat.


Selalu aku melalui situasi ni.


''Er. . aku arab-arab ni tau ana anta je"
''Arab susah la''


Aku rasa lah kan, bahasa arab ni harus dipelajari oleh masyarakat islam. Tak kira laa dia bangsa apa sekalipun.


Erghh. . apa yang aku cuba simpulkan malam ni ? Idea aku tenggelam timbul. Kejap rasa macam ada idea. Bila jot down, huh apa aku maksudkan ?


Oke lah jum cakap pasal bahasa Arab. Bahasa Arab mula wujud masa zaman Nabi Ismail lagi. Tahu kisah Nabi Ismail kan ? Kronologi dia begini, mula-mula Nabi Ismail ditinggalkan di lembah tandus Mekah. Selepas mengalirnya air mata air iatu Zam-zam (tahu kan), telah mula terjadi petempatan kat situ. Bila ada petempatan mesti akan wujud bahasa kan ? Yes, bahasa arab lah.


Bahasa Al-quran. Itu sudah pasti. Ayat dalam Al-quran tu amat-amat teliti. Tak boleh nak terjemah direct terus. Mesti ada penerangan panjang pasal ayat tu. Inilah salah satu faktor Al-quran turun dalam bahasa arab.


Kaya dengan kalimah. Satu kalimah arab tu, boleh dipecahkan lagi dengan berlaku penambahan huruf, dan membawa maksud berlainan bagi setiap satu. Kalau dalam bahasa melayu pun ada. Penambahan men, ber, ter semua tu, tapi membawa maksud yang sama, cuma penggunaan sahaja berbeza.


Sedap pada pendengaran. Perasan tak bila kita dengar bacaan Al-quran, tak pernah ada yang jemu. Padahal dah beribu tahun Al-quran tu dibacakan. Bukannya ada penambahan ayat atau pembaikan atau seumpamanya dibuat pun. Er, ada jugak bahasa yang buat kita (bukan penutur) tak suka dengar.


Tiada perubahan. Bahasa arab tak banyak perubahan dari segi vocab, tatabahasa dan seangkatan dengan dia lah. Oke cuba tengok bahasa melayu. Ada beza kan antara melayu yang kita guna sekarang dengan melayu klasik. Totally different kan ?


Bagi aku la, bahasa arab ni sangat-sangat sinonim dengan masyarakat islam. Tak patut lah kalau ada yang tak tau langsung pasal bahasa arab nih. Tiap-tiap hari sebut dalam solat, dalam zikir, masa baca Al-quran sejak kita kecik lagi. Dan sampai mati.


Sekian. Ada tak yang setuju ?

6 comments:

nas said...

stuju ngan awak...
tu la pasal aku amek bahasa arab
actually bukan susah sgt nk kuasainya
hu3
aku amek arab pon time degree level.. tk terlambat lagi :)

RIAN said...

haha. tak susah pun kan ??

nas said...

hehehe..boleh tahan la..tp makin lama makin susah
so kne la praktis

RIAN said...

haa. . praktis make perfect. . haha.

A'IM said...

good luck

blog fakta:: http://kindofsoul.blogspot.com/

RIAN said...

A'IM: best of luck to you to. ^_^

 
Copyright © Inspiration Box
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur