20 November 2011

Keadaan memaksa memang terbaik.

4 comments
Salam 'alaik ya aiyuhal ahibbak. :)

Selamat hari ahad. Hari cuti bagi yang duduk selain Pantai Timur dan Kedah kalau aku tak silap lah. Tapi aku tak suka ahad. Esoknya dah isnin. :( Bila isnin dah lepas, heaven balik. T_T Sekarang ni memang aku tengah berada dalam situasi yang memaksa. Sesuai la kot dengan tajuk atas tu. 

1. Aku terpaksa lepaskan orang yang aku sayang jugak laaaaa dari hidup aku. Sebab dia pun ada hidup dia sendiri. Sedihhh. Bila ikutkan perasaan aku memang sedih. Even aku cuma kenal dia dekat er err laman sosial. Cis orang kata tak berbaloi sedih. Tapi aku pun bukan mengundang sedih tu datang. Dia datang sendiri. :) Mood aku sekarang adalah lagu sedih broken heart. Best jugak nyanyi feeling-feeling. laLala~ 

Adakah ini cinta ? -.-


2. Sebenarnya aku ni budak jarang ke dapur. Duduk rumah jarang sangat-sangat aku nak pegi masak. Tolong mak sikit pun tak. Sebab tu laaa mak aku tak bagi aku kahwin tahun lepas. KAHKAH. Okay abaikan. Dan sekarang aku terpaksa masak. Yeah terpaksa masak ! Memandangkan aku duduk rumah sewa. Rumah kitorang ni ada jadual bertugas untuk sapu rumah, basuh baju, buang sampah termasuk lah memasak. So aku tak ada pilihan. Jadinya, aku memasak dengan excellent ! ehhe :)

Memasak ni macam main cooking game je. Apa nak risau :D


3. Er apa lagi benda yang membuat aku terpaksa ? Aku terpaksa study memandangkan aku student. -.- Boleh ke macam tu ? Sem ni aku dah tak boleh nak ponteng kelas pagi. Housemate aku ada 10 orang. Tiap-tiap seorang tu akan tanya aku kelas pukul berapa dan bila dah pagi tanya lagi aku ada kelas ke tak. Jadinya, berapa kali langsung aku nak menipu ? Huahaha. So, aku pergi kelas awal. ^^,

Sekian. Selamat bulan November.

08 November 2011

What do you do when you got nothing to do ?

3 comments
Najib says, "Salam Satu Malaysia".
Zambry says, "Salam Perak Aman Jaya".


English is majority Malaysian second language. Almost Malaysian know English. To learn second language, we start with the writing, listening and speaking. Different with the vernacular language. We learn it from listening, speaking and the last is writing. This is what my lecturer said. He's not a linguist. He's just an arabic morphology experties. 


What do you do when you got nothing to do ? Your hobby of course. What do you really into ?  Cooking ? Planting ? Reading ? When I am little, my hobby is reading. HAHA. That was just stated in biodata. 


Actually I am just wanna write in THIS again. Dont have any idea. Writing with no point. Arghh. -______-" 


Dilukis oleh kawan aku dalam apps note g900 :D

24 September 2011

Why i am updating ?

2 comments
http://www.youtube.com/watch?v=VpnuubCJjCU&feature=relmfu

The reason is I don't know. -_-

12 August 2011

Tiga jenis orang dalam menerima tugas.

7 comments


Hello. 

Sebelum aku terus ke tajuk entry ni, aku wish kau orang yang baca and semua umat islam supaya dapat keampunan sempena kita dah mengampiri maghfirah dalam bulan ramadhan ni. Tak lupa juga untuk diri aku sendiri, semoga dapat manfaatkan ramadhan ni. :)



Budak sekolah, budak u, orang yang dah kerja semua tak lepas dari menerima sebeban kerja yang mesti disetelkan. Budak sekolah dengan homework, tambah-tambah waktu cuti sekolah. Budak u semestinya assignment and tutor. Aku ni kira bernasib baik gila tak ade tutor-tutor bagai ni. hehe.

So, bagi aku la, orang lain tak tau la, ada tiga jenis orang dalam menerima sesuatu tugasan atau kerja ni. Lets check out.

1. Buat cepat-cepat. Dengar macam bagus kan ? Buat cepat-cepat wah macam rajin. Orang macam ni dia tak suka simpan kerja dia lama-lama. Dia nak setel, then boleh dia nak enjoy-enjoy while orang lain belum siap, dia dengan gembira boleh cakap 'aku dah siap weh !'. Memang member-member akan jeles. Hahah. And also, dia siapkan tu, dia tak kisah betul ke salah ke, belakang kira. 

Aku ada member macam ni. Cepat gila dia siapkan assignment lect bagi. Dalam exam pun keluar cepat. Dia cakap kat aku, lantak ah janji dia dah siap kalau salah apa-apa nanti lect mesti betulkan. hahah. Ni dalam kes budak kelas aku je lah. Sebab lect kitorang baik.

2. Susun jadual special untuk semua kerja-kerja. Yang ini memang bagus pun. Kerja seminggu, memang seminggu tu la dia dah bahagi siap kerja dia. Tak tergesa-gesa dan tak kelam-kabut. Konfem dia memang tak tension langsung dengan kerja dia. Sampai tarikh kena submit, memang semua dah lengkap.

Aku tabik dengan orang macam ni. Budak kelas aku ada dua tiga orang. Budak pandai tu. Tapi suka sangat rendah diri. huhu. Buat kerja sikit-sikit tapi kualiti kena puji dengan lect.

3. Tangguh-tangguh, relax-relax dulu. Err relax lahh sangat. Hari dapat assignment, wahh rasa macam semangat nak buat. Sampai je bilik, lupa terus dah. Bila teringat balik, niat dalam hati, jap lagi aku buat, esok aku start buat, macam-macam. Last-last dah sampai lagi dua hari nak kena submit, baru gelabah.

Ini perangai aku. Huhu. Aku gelabah belum siap, tapi buat-buat cool. Macam tak ada apa-apa. Then mula lah tak tido sampai pagi, mana-mana kelas yang tak penting (tak penting ?) aku skip semata-mata nak buat assignment. Yes kuliah kan boleh tuang tak lebih tiga kali kan. So apadehal. 

Okey sampai sini je. Agak-agak korang yang mana ? Aku harap korang semua yang nombor dua tu. Baru la bagus.

02 August 2011

Ahlan wa sahlan ya ramadhan.

7 comments
Ramadhan kareem.
Allahu akram.


As-Salamu 'alaikum ya aiyuhal a'izzaa. Arjulakum sihhah wal maghfirah fi hazihi ramadhan.


Bulan puasa menjelma lagi. Ramadhan tahun 1433H. Bulan yang kelapan dalam kalendar Hijrah. Kebiasaan bulan puasa ni, cuaca mesti nak panas je. Mungkin sebagai ujian bagi yang berpuasa.  Lagu-lagu dan nashid sempena bulan puasa dah pun kedengaran dalam tv and radio. Ada yang berentak sedih dan ada yang gembira. Aku lagi suka dengar yang happy-happy. Happy sempena ramadhan yang tiba.


Lagu yang first ni nyanyian kumpulan Rabbani. Kira nashid la ni. Aku memang adore suara dia. Boleh bagi kekuatan dan semangat. Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Ust Asri vokalis Rabbani. Semoga segala usaha dakwah dia mendapat ganjaran setimpal dari Allah. Amin. Tajuk lagunya, Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Video ni dah ada lirik.




Lagu yang kedua ni, lagu arab tapi tak pasti negara mana. Aku suka tengok video klip dia. Satu keluarga bangun untuk bersahur selain ditunjuk amalan-amalan lain yang dilakukan ketika ramadhan. Bertajuk, Aqbalta Ya Ramadhan. Maksud dia lebih kurang, datangnya engkau wahai ramadhan. =) Aku tak letak lirik atau maksud nasyid ni. Sebabnya, ada jugak beberapa yang aku tak dapat nak tangkap maksud. hehe. Yang penting dia ceritakan tentang kelebihan bulan ramadhan.



Salam Ramadhan Kareem. Selamat bersahur, berpuasa, berbuka dan bertarawikh. =)
 
Copyright © Inspiration Box
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur