20 November 2011

Keadaan memaksa memang terbaik.

Salam 'alaik ya aiyuhal ahibbak. :)

Selamat hari ahad. Hari cuti bagi yang duduk selain Pantai Timur dan Kedah kalau aku tak silap lah. Tapi aku tak suka ahad. Esoknya dah isnin. :( Bila isnin dah lepas, heaven balik. T_T Sekarang ni memang aku tengah berada dalam situasi yang memaksa. Sesuai la kot dengan tajuk atas tu. 

1. Aku terpaksa lepaskan orang yang aku sayang jugak laaaaa dari hidup aku. Sebab dia pun ada hidup dia sendiri. Sedihhh. Bila ikutkan perasaan aku memang sedih. Even aku cuma kenal dia dekat er err laman sosial. Cis orang kata tak berbaloi sedih. Tapi aku pun bukan mengundang sedih tu datang. Dia datang sendiri. :) Mood aku sekarang adalah lagu sedih broken heart. Best jugak nyanyi feeling-feeling. laLala~ 

Adakah ini cinta ? -.-


2. Sebenarnya aku ni budak jarang ke dapur. Duduk rumah jarang sangat-sangat aku nak pegi masak. Tolong mak sikit pun tak. Sebab tu laaa mak aku tak bagi aku kahwin tahun lepas. KAHKAH. Okay abaikan. Dan sekarang aku terpaksa masak. Yeah terpaksa masak ! Memandangkan aku duduk rumah sewa. Rumah kitorang ni ada jadual bertugas untuk sapu rumah, basuh baju, buang sampah termasuk lah memasak. So aku tak ada pilihan. Jadinya, aku memasak dengan excellent ! ehhe :)

Memasak ni macam main cooking game je. Apa nak risau :D


3. Er apa lagi benda yang membuat aku terpaksa ? Aku terpaksa study memandangkan aku student. -.- Boleh ke macam tu ? Sem ni aku dah tak boleh nak ponteng kelas pagi. Housemate aku ada 10 orang. Tiap-tiap seorang tu akan tanya aku kelas pukul berapa dan bila dah pagi tanya lagi aku ada kelas ke tak. Jadinya, berapa kali langsung aku nak menipu ? Huahaha. So, aku pergi kelas awal. ^^,

Sekian. Selamat bulan November.

4 comments:

D-SIM said...

oooo...nie anak dara xpndai masak nieee:P

anyway, new sem ? best of luck in life btw :)

RIAN said...

ehemm. memang tak pandai masak. haha.

yup new sem. tp dah sampai tengah-tengah dah. lagi sebulan lebih je nak exam. :D

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

hehe, dugaan! sabar dan usaha terbaik dgn hidup!

RIAN said...

yea dugaan :D terima kaseh FIFIEY LYCHEE MARATION :)))

 
Copyright © Inspiration Box
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur