29 December 2010

Cerita BLACKOUT.

3 comments
Sedang duduk-duduk (landing atas katil sebenanye), meneruskan aktiviti biasa aku dengan khusyuk, tiba-tiba. . .


BLACKOUT !!


Gelap gulita. Laptop habis terpadam. Aku tak pakai bateri. Kornea mata aku pun mengambil masa yang lama nak stabil balik. Hoho.


Oke aku boleh aman atas katil tanpa gangguan adik kecik aku. Kalau nak tau, ada adik aku tuh, mengacau alam je keje nye. Ingat katil ni pelampung apa. Tak pun dia berangan aksi ben 10 or ultraman dia. Begegar katil aku. Memang takkan diam. Dapat bayang macam mane situasi tersebut ? Hehe.


Dah lama dalam keadaan aman tersebut, tiba-tiba. . . ada bunyi something yang annoying amat. Lebih dari adik aku lagi. Melintas-lintas bunyi tu kat telinga aku. Esh tak boleh jadik nih ! Nyamuk !! Dia dah mulakan operasi dia disebabkan kegelapan yang tak tersangka itu. Serentak dengan itu, kaki kiri dah gatal-gatal, diikuti dengan kaki kanan. Aduhh, kenapa dia attack kaki ? Jauh la nak capai. Hukhukhuk.


Nak pasang ubat nyamuk tak bolehh. Sebab bilik aku ada ubat nyamuk elektrik je. Oh dah tak boleh guna. Haihh. Rezeki kau la nyamuk. Isaplah darah aku. Bia kau sehat. Hahha.


Part yang lawaknya, adik last aku tu masuk bilik air. Dah takde lampu guna lilin lah dia. Penakut sikit kalau gelap. Dia pasang air. Dan tiba-tiba (sentiasa ada tiba-tiba), dia jerit. . .


"Baba, dalam tandas ni ada air !! Air ada la baba",


Memang eksaited habes la dia nak mengkhabarkan berita tu. Adik-beradik kitorang pelik je. Siap dah buat muka nak gelak. Pahal budak nih. Then ayah aku cakap, "Air memang la ada. Sapa pulak kate takde air". Kita orang pakat laa gelakkan dia. 


Rupanya dia ingat bila takde elektrik nih, sumber-sumber lain dalam rumah pun terputus jugak. Sebab tu la dia macam gembira plus teruja bila pasang air, ada. Kesiannya la kat dia. Mungkin jugak ni festime dia alami keadaan takda elektrik.


HAHAHAHAHA !! Memang tak abes kitorang gelakkan dia.


Dia jugaklah yang paling sibuk duduk tepi lilin. Bakar apa yang ada. Jarang jumpa api. Kesian lagi sekali. Main sorang-sorang je. Orang lain sume dah takde perasaan tengok api lilin. Tu laa lahir lambat lagi. Tak dapat join kitorang main ramai-ramai dulu. Hahha,


Oke tutup cerita takda point aku nih. Selamat *malam. *siang. (in case baca siang-siang ke)

26 December 2010

Tolong jaga image boleh ?

8 comments
Selamat pagi selamat malam selamat siang. ^_^ (bergantung pada masa anda membaca)


Apa yang ingin dicoretkan, di malam yang dah diklasifikasikan sebagai pagi ini, kesal juga melihat situasi. Malang lagi orang yang terlibat adalah kenalan sendiri. Tidak terasa malukah ? Tidak terasa tersadungkah maruah ? Walaupun alasan hanya suka-suka.


Apa yang ada dengan gaya itu ? Atau berusaha mendapatkan publisiti. Atau ingin orang yang melihat memikirkan bukan-bukan ? Itu boleh menjurus fitnah. Dan mulalah komen berjela-jela dibawah.


Sungguh aku tak faham !


Contoh

Tak senang lah tengok pic-pic macam ni. Bukan berniat mencaci atau mengkritik berlebih-lebihan. Cuma menyuarakan apa yang terlintas.

Perempuan bertudung sepatutnya menjaga imej. Bukan juga nak kata yang freehair boleh buat apa saja. Tidak juga. Dapatlah ditafsirkan niat mereka cuma main-main. Tapi tak semua perkara boleh dibuat main-main. 

Tak payah lah ambik gambar buat gaya macam ni. Kalau ya pun suka-suka dengan member, tak perlu nak publish kat laman sosial.

Nota : Bukanlah nak jaga tepi kain orang atau menyibuk hal hidup orang lain. 

25 December 2010

Aku CINTA dia.

6 comments
Salam sayang salam sejahtera salam kenal. =.)


Selamat petang. Cuaca diluar hujan. Hujan yang kadang-kadang lebat, kadang-kadang tak. Dan dah mula nak lebat balik. Oke kain dah angkat, beres. Lipat ? Err. . nanti. Hehe.


Kenapa tajuk aku CINTA dia ? Itu bukan persoalan. Yang ingin dicoretkan adalah kenapa aku cinta dia ? Adakah sebab dia macho ? Kaya ? Tidak ! Aku tak pernah cinta pada orang yang seakan-akan perfect. Cinta pandang pertama juga tak pernah. Maksud seakan-akan perfect tu, lelaki yang mempunyai pakej.



kenapa aku CINTA dia ?
1. Dia pikat aku.
2. Dia ajak aku couple.
3. Dia janji nak kahwin dengan aku.
4. Dia macam budak-budak.
5. Dia tak percaya aku sayang dia.
6. Dia sensitif.
7. Dia kadang-kadang membosankan.
8. Dia tak tau birthday aku.
9. Dia lupa bila start couple.
10. Dia suka senyap tiba-tiba.
11. Dia jarang telefon aku.
12. Dia merokok.
13. Dia sanggup berhabis duit sebab motor.
14. Dia amat perlukan kawan dia.
15. Dia selalu cakap dia sunyi.
16. Dia tak sempurna.
17. Dia manusia biasa.
18. Dia tiada keistimewaan.
19. Dia tak matang.
20. Dia suka buat keputusan yang berubah-ubah.
21. Dia minta aku setia.
22. Dia minta aku percaya dia.
23. Dia tak pernah teman aku.
24. Dia tak pernah jalan-jalan dengan aku.
25. Dia sukar difahami.
26. Dia tak suka pujuk orang.
27. Dia tak suka orang merajuk.
28. Dia suka buat orang tertanya-tanya.
29. Dia selalu happy-go-lucky.
30. Dia senang rasa terganggu.


Ni semua hasil aku merepek dan critical thinking. Haha. Tiada kaitan. Mungkin bosan ? Aku tak mau jatuh hati pada orang yang kaya. Nanti ada orang lain rebut dia. Aku taknak bercinta dengan orang yang handsome. Nanti ramai yang akan cuba dapatkan dia. Ni sekadar teori aku saja.


Tapi, orang yang aku cinta juga sudah berubah hati. Siapa pun pilihan aku, ujian serta dugaan tetap datang. *Tersedar.


Persoalan: Apa perasaan bila mengetahui kekasih hati sendiri, jadi kekasih gelap orang ?

Tak suka motor lah !

2 comments
Hai selamat siang :) Sehat kah ? Ucapkan Alhamdulillah~ 

Tajuk, tak suka motor. Ohho. Kenapakah ? Aku tak standard pun nak tak suka tak suka motor nih. Beriya. Gaya macam loaded sangat. Waktu aku tulis entry ni, rumah gamat sangat. Adik lelaki aku dan adik lelakinya bergaduh. Oke maksud aku dua orang adik aku tengah bergaduh.


Abangnya taknak mengalah. Yang adik dah sampai nak menangis. Adess. Situasi ini hari-hari. Tak sabar aku tunggu dua-dua mereka ni besar dan matured. Haha. Mesti dah tak bising rumah.


Oke aku tak berapa suka gemar moto ni. Kenapa ?


1. Aku takda lesen moto. Hohoho. Sian aku. Yalah dulu aku pegi ambik lesen kete je. Sebab konon rasa prestij la tuh ada lesen kete. Kehkeh. Lagi satu, aku takut nak amik lesen moto. Bukan sebab aku tak reti bawak, tapi aku taknak jalani latihan kat pusat latihan tu. Hukhukhuk.


2. Moto rumah aku tak best. Rumah aku ada dua bijik moto. Satu mak satu ayah. Dua-dua jenis modenas. Moto ayah, enjin quite oke la tapi break tak bape makan. Mak punye plak, enjin tak best. Dah gear tiga tapi still mengaum lagi. Sebab tu lah, kalau nak pegi kedai dekat nak mampus pun, aku gagah start kete. Oh aku terlalu memilih ?


3. Taknak hitam. Nih macam mengada-ngada gila. Hikhik. Kalau nak tau, aku ni takde la putih mane pun. Tapi kulit aku cepat hitam. Bejalan la bawah panas tanpa payung barang setengah jam, balik-balik nanti muka dah merah-merah, then tinggal belang kat muka. H0ho. So kena elakkan menunggang moto. Ah alasan !


Gila-gila gedik dan memilih kah ? Hurm. Tapi bukanlah kata aku tak pernah naik moto dan tak boleh langsung. Tidaklah. Hehe.


Okeh adik aku dah senyap dah. Masing-masing tekun mengadap game. Sorang kat laptop mak, sorang kat desktop ayah. Ish. Tak senang dengan situasi ini. Adik-adik, pegi belajar !! (kompem takda respon).

24 December 2010

Sangat senang hati dengan dua benda ni.

5 comments
Salam sahabat. ^_^

Semalam berapa kali eh aku keluar rumah ? Hehhe, selalunya berkurung je kat dalam bilik. Nak keluar malas. Plus ada internet, baik explore internet dari explore bandar nih. Hahaha. Oke harini ada benda yang buat aku puas hati sangat. Hehe.


1. Aku dapat buat side parking !! Oh sound silly rite ? Adess. Kalau nak tau, lesen P aku bakal tamat akhir bulan nih. Baru pes time buat side parking ? Iyalah ! The truth is aku tak reti buat side parking. =_=' Oke boleh gelakkan atau pandang hina kat aku. Ish3, Sebelum ni aku akan avoid parking yang macam tu. Tak kesah la kena pusing tempat tu berapa kali pun. Nak jugak cari parking yang biasa je tu.


2. Trixx yang aku teringin gila nak makan (bukan mengidam oke), akhirnya aku dapat jugak. Hekhekhek ! Setelah susah payah aku cari menatang nih, explore kedai ke kedai tak jumpe-jumpa. Haih. Memang kesanggupan betul lah. Last-last, bila aku da puas cari semalam tanpa disengaja ternampak kat giant dekat tempat aku. Gila bersyukur lah ! Hehe. Serious macam budak kecik. *_*


Please be careful of your rabbit.
Here the cereal ! Come come lets eat together.




 
Copyright © Inspiration Box
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur