24 March 2011

Jangan matikan dia.

Salam. Selamat sejahtera. =)

Haritu aku ada buat entry yang pendek je. Sebab malas nak susun ayat essei panjang-panjang cantik-cantik.


Dia hidup. Jangan matikan dia.
Dia merpati. Harus jinakkan dia.

Nak kata pepatah, tak boleh gak sebab dia bukan pepatah. Simpulan bahasa pun bukan. Nih ayat aku reka sendiri mengikut pemahaman dan maksud aku sendiri. Apa yang hidup ? Merpati tu cuma kiasan saje.

1. Sikap dan attitude. Sikap kita sama ada baik atau buruk, semuanya memerlukan kepada kebiasaan. Sikap yang buruk contohnya, jika diamalkan selalu, akan kekal bersama empunya badan. Same goes untuk sikap yang baik. Kita mesti pupuk dia dalam diri untuk jadikan dia kekal untuk diamalkan.

2. Cara hidup yang baik. Cara hidup meliputi cara bersosial, cara bergaul dan berkawan juga termasuk dalam benda 'hidup'. Hidup disini bukanlah bermaksud yang menghirup udara. Bagi aku, dia hidup dengan cara diamalkan. Bila kita dah terbiasa dengan sesuatu cara hidup, susah untuk kita ubah atau tinggalkan.

3. Bahasa. Bahasa pun benda yang hidup jugak. Dia tak boleh hidup sendiri, dia memerlukan kita, penutur untuk menghidupkan dia. So, bagi sapa-sapa yang belajar bahasa, tak boleh takat belajar je. Kena aplikasikan jugak. Kalau tak, bahasa tu mati. Buat penat je belajar.

4. Ibadat. Semestinya dalam ibadat kita seharian, harus dipupuk dan dibiasakan. Kalau ibadat wajib, dah memang wajib and no excuse lagi dah. Camna pula dengan ibadah sunat ? Kena latih diri dulu, dan insyaallah benda tu akan berterusan. Kalau buat pun jarang-jarang-jarang sekali, memang terasa beratlah. Lagi satu, bila dah mula, jangan tinggalkan. Nanti amalan tu mati.

Oke ni cuma pendapat dan perasaan aku saja. Siapa tak setuju pun tak apa. Selamat beramal ! Pesanan ini ditujukan buat diri aku sendiri. Jangan biarkan ia mati.

Ambil maksud dia yang baik.

15 comments:

misz molecule said...

nice no.4 dear..

RIAN said...

thank you. huhu. tgh nak impruv diri sendiri nih. =.)

PeNgEmiS dUniA said...

igt kan pepatah utk earth hour tadi . hehe

RIAN said...

haha. sebab letak gamba bumi eh. .

ZWAN SABRI said...

Bagus2..
good entry! ;)


MySuaraBlog: Perlu Ke Nak Bunuh Diri?

RIAN said...

thanx zwan. ^_^

misz molecule said...

same2 kite improve ok??



bdw, cner rzat??

RIAN said...

ya. insyaallah. =.)

A'IM said...

huhu..teringat earth hour bile tengok gambar tu

Aujinz said...

lorr..bukan entri Earth Hour eik??..

RIAN said...

a'im & aujinz : tak berkenaan langsung dgn earth hour. hahha,

* tersilap letak gambar ah. :p

nas said...

eh.. jap3.. citer pasal merpati ni..cm nk bunuh jerp merpati nih.. asyik berak kat atas baju2 sidaian jerk.. abeh penuh ngan taik segar dia.. damnn!!!

latest entri:

kenapa ramai orang ade lebih dari 1 handphone/sim kad?

RIAN said...

nas : kesian ko. mangsa kekejaman burung merpati. HAHHA,

nas said...

aah;... tu la pasal.. kejam siot burung merpati kat hostel aku... da la bising2..pastu cirit.. haishh..saba jela

RIAN said...

try tangkap sekor sembelih buat bbq depan yg lelaen. kot la diorang tak brani datang ctu dah ke. hahha~

 
Copyright © Inspiration Box
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur