Salam 'alaikum. :) Semoga sentiasa dibawah lembayung rahmat Allah.
Ehem, aku tak reti nak greet cantik-cantik. Lagipun aku tak tau siapa pembaca, er rasa macam tak ada pembaca pun. -.-
Tajuk yang aku tulis atas tu adalah sebahagian dari peribahasa kot. Tak sure pulak. Lupa sebab last aku belaja bahasa melayu adalah tahun 2007.
Pepatah ni berbeza sangat maksud dia dengan sastera arab. Since aku student yang ambik arab, tiba-tiba terasa nak tulis pasal ni.
Dalam bahasa melayu, pepatah ni membawa maksud kita mengharapkan kebaikan yang berlaku pada kita akan berpanjangan. Tetapi tanpa disangka-sangka berlaku pula musibah atau masalah. Sama jugak dalam sesuatu perhubungan, selalunya bercouple lah. Bila dah ada problem, semua la pakat nak pakai pepatah ni.
Sebabnya, bagi masyarakat dekat Malaysia ni, hari yang ada matahari tu adalah cuaca yang paling baik. Oleh tu, diorang taknak la tiba-tiba hujan pulak. Bila hujan baynak aktiviti tak boleh nak dibuat. Kain kat jemuran pun tak sempat nak kering.
Tapi, maksud pepatah ni dalam arab adalah terbalik dengan apa yang kita orang melayu faham. Okay jangan ingat dalam sastera arab tak ada pepatah macam gini. Ada banyak dalam syair-syair diorang. Dia membawa maksud berita gembira yang datang kepada mereka.
Hal ini disebabkan keadaan geografi negara diorang yang sentiasa panas. Awan pun jarang-jarang ada inikan pulak hujan. Memang rare sangat. Jadinya, tengah-tengah panas tu tiba-tiba muncul awan yang tebal sikit dan hujan pun turun, memang rahmat la.
So kesimpulannya, sastera dan pepatah-pepatah semua berdasarkan pemerhatian dan persepsi sesebuah masyarakat. Tak ada yang betul dan salah. Semuanya boleh diterima.
:)
Sekian, ilal liqa'.
23 November 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
oit... pat update... =.=
hahahaha XD
Post a Comment