26 January 2011

New phone.

8 comments
"Ayah, nak henfon baru"
"Kenapa ?"
"Benci dengan henfon lama"
"Oke nanti kita pegi beli"


HAHAHA !


Akhirnya, aku dapat henfon baru. . . . DALAM MIMPI MALAM BERIKUTNYA.


Aisehmen. Nak henfon baru. Macam mane nih ? Dah benci la tengok henfon lama. Lembab. Tak boleh detact earfon, tak boleh detact usb. Ah so lame.


Sekian.



24 January 2011

Lawan derhaka.

4 comments
Salam 'alaikum. Membawa maksud sejahtera keatas kamu semua. Even kita bg salam dekat sorang je pun, still guna ganti nama ramai tersebut. Sekian. Ehh ?

Sering aku terfikir. Aku ni anak yang baik ke ? Baik ke aku dengan mak ayah ? Rasenye tak. Aku selalu buat mak aku sakit hati. Selalu buat ayah aku susah. Tambah-tambah bab duit. Aku tau ayah aku nak suruh aku buat pinjaman. Ye aku akan buat. Sory ayah sem lepas tak buat. Hoho.

Aku memang tak baik. Selalu je aku buat dosa. Selalu je aku bagi saham dosa aku tu kat mak ayah aku. Cuba bayang, sedang kita buat dosa, kita sedar apa yang kita buat tu berdosa. Dan kita juga tau apa balasan dari dosa tu. Masa tu, ayah dah relax-relax dapat dosa tanpa dia sedari.

Ya tanpa dia sedari. Macam mane nak sedar dah kita bukan duduk dengan dia. Kita dah jauh, belajar sampai universiti. Apa hal kita buat memang ayah tak tau. Laen ah kalau dia pasang spy. Memang free-free la nanti dapat penangan.

Sampai bila ? Sampai bila nak buat dosa ? Mak ayah kita pun teringin jugak nak dapat anak soleh solehah. Teringin jugak nak dapat doa dari anak-anak yang soleh. Tak ke kita kesian dengan mak ayah kita ? Dari kecik dia didik, semoga kita berguna.

Berguna ? Berguna untuk apa ? Berguna untuk doakan diorang masa diorang dah dalam alam barzakh nanti. Siapa lagi kalau bukan anak yang soleh. Nih nak tanya sikit, ada ke anak yang tak soleh nak doakan maka ayah dia ?

Takdenye. Diorang sibuk dengan urusan duniawi saje. Urusan kerja, pangkat, hutang, wang, dan sebagainya duduk dalam kepala. Tak ingat dah dengan benda lain. Kalau baik pun, tahan la pada tahun pertama kehilangan ayah bonda tercinta. Lepas tu, lupa. Diri sendiri nak masuk kubur dah pun lupa.

What goes around comes around kan ? 

Semua orang dok amalkan ayat ni. Yes, memang betul. Tepat jugak. Kalau dikhianati, di tinggal kekasih, bukan main ingat hukum karma. Dalam hal anak soleh pun ada lah ! Sama la macam cikgu sekolah selalu cakap, "korang nakal, tengok laa nanti anak murid korang lagi super duper nakal kat korang. What goes around comes around". Maksudnya dulu cikgu tu pun nakal la jugak kan ? Ehh,

Kita tak jadi anak yang soleh solehah untuk mak ayah kita. Anak kita nanti ? Jangan harap. Ah bapak aku pun tak pernah bawak ziarah, baca yasin kat kubur atok, aku pun tak payah la susah-susah nak buat camtu. Oke ? Kemana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi.

Peringatan ini untuk AKU.

Renungan dalam lirik. Anak soleh - UNIC


Sifat anak yang soleh mentaati ibu ayah
Tidak membantah malah mentaatinya
Halus peribadinya mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga hanya kerana Yang Esa

Hormat pada yang tua kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Didalam kehidupan penuh pancaroba

Tiada cinta di hatinya Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi
Itulah diantara sifat anak-anak yang soleh

17 January 2011

Isnin yang comel.

2 comments
Selamat pagi. Salam sejahtera. =.)


Bangun pagi harini dengan mind set kelas pukul 10. Tiba-tiba handphone bergetar. Kalau bunyi je, haram nak sedar. Tengok my lecturer call. Ehh apahal nih ? Sikit punya gelabah laa aku. Last-last aku tak angkat. Yalah baru bangun tido plus terkejut punya pasal. Hehe.


Pastu dapat mesej dari class leader yang mengatakan lecturer tak sihat maka kelas minggu ini dibatalkan. Tak lah hepi sangat tapi relax jugak ah. Tak payah rushing-rushing pegi mandi. Landing dulu atas katil. HAHAHA. Buruk perangai. Tapi, kenapa lecturer call tadi eh ?? Hurm, still dalam kepala. Ahh forget it !


Pukul 12 baru ada kelas balik. Then petang pulak 4 sampai 6. Tapi habis awal pukul 5.25. Riang gila hati tak sempat nak bosan-bosan dalam kelas uh. Haha.


Hari ni, aku testing pakai kasut baru. Tak baru pun sebenarnya. Kasut tu beli tahun lepas tapi tak pakai-pakai lagi. Aku ni ada semacam takut sikit la nak pakai kasut baru. Kes nih bagi kasut sarung je lahh. Tau la keadaan kasut yang baru nak familiar dengan kaki kan. Mula-mula pakai mesti sakit sikit.


Tapi aku gagahkan pakai jugak. Kasut tu comel. ^_^


Taraa !




Eh. . eh. . bajet aku baby ke hape ! Salah laa.


Hitam baldu-baldu plus batu.
Oh pink tu baldi aku.

Alena punya kasut.
Yang ni baru betul. :)


Eh ada orang rimas dengan penggunaan perkataan comel aku nih. Hehhehe. Sape lagi kalau bukan kawan akuh sorang uh. Dia kata, setiap benda aku nak samakan dengan comel. Oke tak pe lah. Dah aku rasa perkataan comel tu comel. Nak buat lagu mana lagik. Adeh.

Pengalaman dengan tren pulak.

0 comments
Salam sejahtera ke atas anda semua. =.) Semoga melalui hari indah sepanjang minggu ni. ^_^


Nak cerita tentang tren lah pulak. Hari tu teksi. Memang betul lahh jauh perjalanan luas pengalaman.




Nih bukti. Luas ke tak pemandangan uh ? Siap ada lembu lagi. Yang putih-putih tu. Kawasan ni dekat-dekat dengan stesen Tanjung Malim. Nak dekat setengah jam stop situ. Tren rosak ! Adess. Bajet aku nak sampai siang la kat kolej.


Then ingatkan dah okey lah. Sampai je dekat stesen Batang Kali, dah tak begerak dah tren tu. Sape-sape nak pegi rawang, diorang suruh turun sekarang amik tren lain. Aku dah cuak. Ape nak buat nih ? Turun ke tak ? Turun ke tak ? Siriyes aku memang tak tau apa yang ada kat Rawang.


Nasib lah ada sorang nih, baya-baya aku jugak kot. Sudi nak tolong. Dia lah yang teman aku ambik tren sampai KL Sentral. Memang jauh nak ke Rawang dari Batang Kali. Nasib dapat tempat duduk.


Bila nak tukar tren, hah ambik kau ramai nak mampus. Tren tu dah tak rasa udara. Sendat gila. Then kena berdiri dari Rawang sampai KL Sentral. Fuhh nak tercabut kaki. Berdiri kalau ada ruang takpe. Nih takde ruang langsung. Dah tak stabil da berdiri. Tinggal tangan je boleh defend taknak bagi jatuh.


Akhirnya, selamat jugak aku sampai KL Sentral. Dah kat situ, takmo pikir banyak dah. Terus aku grab teksi balik kolej. Tak larat nak tunggu any longer dah. Tak pe la bayar lebih asal hilang penat sume.


Perjalanan aku yg sepatutnya 3jam, dah bertukar berkali ganda. Tiket pukul 1.45, sampai destinasi pukul 7.00. Penat. Nasib baik tak bawak barang banyak.

13 January 2011

Sometimes and sometimes.

12 comments
Full discription : SOMETIMES DIA BAIK. SOMETIMES DIA GARANG.


Cerita tentang dia.


TIME BAIK


kakak: adik, tolong ambikkan aku air kat dapur. taknak yang dalam jag. ambik dalam peti sejuk.
adik: (bangun dengan laju pegi ambik. bukan takat air je, apa-apa makanan ringan like roti or keropok pun dia ambik sekali)
kakak: eh, nape ambik sekali makanan ? (hairan. suka sebenarnya. hehe)


TIME GARANG


kakak: adik, pegi tutup air jap. kolah dah penuh. (arah dengan lembut)
adik: ahh ! pegi la tutup sendiri. hang kan ada kaki jugak.
kakak: ... (oke fine)
 
Copyright © Inspiration Box
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur