09 January 2011

Gadis sopan.

Gadis sopan berjalan lambat-lambat kearah gerai itu. Agak teragak-agak. Dia pandang kiri kanan, ada beberapa orang sahaja. Lalu dia sudah berada dihadapan gerai tersebut.


"Err. . rokok dunhill satu kotak", lancar menyuarakan kehendak hati. Amat tepat tanpa penambahan harkat. 


Kakak kedai pandang-pandang. Reaksi pun lambat je. Gadis sopan tak keruan. Sekejap pandang kiri. Sekejap pandang kanan. Terasa macam ada orang tengok. Padahal tak ada pun. Yelah dah nama pun gadis sopan. Mestilah orang pelik tiba-tiba order rokok. Perasan lebih gadis sopan ni.


Pabila rokok sudah berpassing tangan, dan wang baki telah dikembalikan.


"Hish. . apa kes aku pegang kotak nih ? Dah la ada gambar menggelikan. Huh", monolog dalaman gadis sopan itu. Hinggakan dia pun memegang kotak tersebut dengan jengkelnya. Lalu berjalan dengan laju, sampai tak sempat nak masukkan wang baki ke dalam purse.


Dalam beberapa kelip mata, gadis sopan telah sampai ke destinasi yang dituju (sebenarnya dekat nak mampus. dah la jalan laju-laju). Sebuah teksi.


Dia menghulurkan kotak rokok tersebut kepada pemandu teksi itu.


Persoalan, siapakah pemandu teksi itu ? Ayah si gadis sopan kah ?


Tidak. Ayah si gadis sopan tak merokok.


The truth is, pemandu teksi terbabit adalah pemandu teksi dalam bandar sekitar Gombak. Gadis sopan hanya penumpang. Dek kerana ketika ingin menjelaskan tambang, gadis sopan tiada wang kecil.


Pakcik pemandu teksi menyuruh gadis sopan pergi menukar wang. Dalam separuh perjalanan nak ke gerai berhampiran, pakcik pemandu telah membunyikan hon lalu memaksa si gadis sopan membuat u-turn.


"Adik belikan pakcik Dunhill sekotak dan bagi pakcik RM4", arah pakcik pemandu tersebut.


                                                            * * * * * * * * 


Pertama kali seumur hidup gadis sopan mengalami kasus seperti ini.


Fulstop.



6 comments:

a'im said...

kejam kepada gadis sopan..huhu

RIAN said...

haha. . dia malas nak turun beli sendiri. .

misz molecule said...

ad sambungan tak lgi????????

RIAN said...

ohh tak lah. . ni suka2 je. .
citer balik pengalaman sendiri. .
tapi pegi create watak tipu. .
hehe,

Anisnadia Md. Nor said...

cute je cerita . haha . btw follow ur blog

RIAN said...

realstory. hahah. thanx baca n komen. =)

 
Copyright © Inspiration Box
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur