24 July 2011

Amarah.

Salam 'alaikum ya ahibba'. Arju lakum sihhah wal maghfirah fi yaumikum.

Kadang-kadang aku ni banyak terfikir macam-macam and at last tak reti nak simpulkan apa yang aku fikir. Yelah aku bukan pakar psikologi. Oke takda kaitan. Sebenarnya tadi tetiba je terfikir pasal perasaan MARAH. Marah ni sebenarnya lama ke sekejap ? Definisi marah pun aku tak tau lagi. -_-"

Lately aku memang cepat aje rasa marah. Bukan tengah period ke apa. Sepanjang masa je aku buat perangai camni. Tapi ada situasi buat aku autometik mengamuk, ada juga yang aku boleh buat calm down dulu. 


Yang selalu buat aku marah on the spot adalah adik last aku. zZz. Kat rumah memang tinggal dengan dia je lagi. Ada je lah dia buat benda yang aku tak suka padahal dah berapa kali bagitau dia, jangan buat. Then kengkadang tangan aku ni cepat je nak baling barang time marah. Memang bahaya.


Aku rasa la kan, perasaan aku je ni, haha, marah ada dua jenis kot. Long term and short term. Pepandai aku jeh. kahkah. Long term tu, perasaan marah yang dipendam dan akan sentiasa menjadi marah. Contoh, anak kahwin lari. Mak ayah dia mesti akan sentiasa rasa marah pasal peristiwa tu dan marah tu memang payah nak hilang.


Short term pulak, marah on the spot sebab something yang membuatkan perasaan marah datang. Contonya kan, adik aku buat barang rosak. Masa tu jugak aku akan marah and lama-lama perasaan tu hilang. Oke camni la lebih kurang dalam otak aku ni. :D


Smile is comel instead of marah. :)

4 comments:

nas said...

aku ni pun cepat amarah gak
tapi xde la dendam sgt ngan orang kalu marah2 ni
marah sekejap je
pastu esok ok balik.. wahaha

ghab van hal said...

marah ada 2 jenis. internal dan extenal bomb. external ini jenis luah kalau dia marah. internal jenis pendam. tapi kalau dah meletup yang pendam ni bahaya jugak. cik rian yang mana 1??kekeke...

RIAN said...

@nas: ko cepat marah ? then kalau marah ko buat apa ? membebel ? huahha~

@ghab van hal: rian jenis dua-dua kot. ada tempat main luah je. ada yang diam. and kalau tengah marah pun bleh senyum lagi. kehkeh,

ErnieFaizal Siti said...

hi rian..singgah jap eh..

http://erniefaizalsiti.blogspot.com

 
Copyright © Inspiration Box
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur