03 July 2011

Fesbuk. Semakin hari semakin menakutkan.

Salam 'alaik aiyuhal ahibba'. Keifa haal ? Arju lakum sihhah was sa'idah. =)


Dah kehilangan nadi dah blog aku ni. Macam mana boleh ada blog entah padahal aku ni budak yang jenis semangat sekejap nanti hilang. Pastu semangat balik nanti akan hilang balik. grr


Aku percaya hampir semua orang yang reti membaca menulis mengira hari ni, ada sekurang-sekurangnya satu akaun facebook. Yang ada tiga, masuk lagi dengan pages lagi lah belambak. Jap jap, tak faham aku kenapa nak buat page untuk diri sendiri ?? Nama nak comel je then letak photo separa cute mix seksi. Pastu siap promote suruh orang like. Tolong lahh. -_-


Aku berfacebook mulai Januari 2010. Mula-mula macam kaku, lama kelamaan hampir setiap jam aku update status. Belum masuk share link dengan photo lagi. Then dapat pulak feedback seperti komen-komen dan like-like yang memang membuat aku rasa hepi lah. Dapat communicate dengan kawan-kawan kan seronok. Yelah masing-masing jauh nak gossip face-to-face susah.


Segala jenis kehidupan yang aku lalui, semua aku coret kat status. So kira bila baca balik aku akan ingat every single moment yang dah aku tinggalkan. Pahit, manis, luka berdarah semua ada.


Friendlist aku pun dah terdiri daripada strangers, teman baik, kawan biasa, adik kakak abang sekolah sehinggakan cikgu sekolah lama serta lecturer sekarang pun ada. Membuatkan aku makin makin makin kekok nak menggunakan facebook aku sebagai catatan kehidupan. Terkadang bila perasaan tak menentu, status facebook aku pun turut tak menentu.


Nih contoh. :p


Aku jadi segan kalau-kalau kawan-kawan dan lecturers semua terperasan status berbaur perasaan kat wall aku tu. Kadang-kadang nak update something, aku pikir dekat 10 minit dan last-last aku padam balik apa yang aku dah tulis. Sebabnya,


1. Aku segan kalau orang yang mengenali aku baca status tu. Bukan semua orang mengenali aku secara total. Mereka cuma mengenali luaran aku saje yang kadang-kadang nampak macam perfect. Bila aku up status yang macam-macam, diorang dah akan ada pemikiran lain tentang aku. Senang cerita, aku takut kena judge dengan orang.


2. Sedara-mara aku ada dalam friendlist. Aku risau kalau diorang tau something pasal aku, yelahh bukan rapat sangat pun kan, tiba-tiba waktu jumpa kat kampung diorang bualkan kat aku tak ke terkesima aku sekejap.


3. Sometimes aku taknak orang pikir aku ni lain dari dalam dunia real. 


4. The last, aku pun tak tau apa yang aku merapu sampai point ini. hahahaha. 


Penyelesaian bagi apa yang aku merepek ni adalah, aku dah privatekan wall di akaun facebook aku. Aku masih lagi nak berfacebook tapi aku rasa janggal disebabkan yang aku dah listkan tadi.


Err. . ada tak siapa-siapa yang rasa macam aku jugak ??



8 comments:

nas said...

mmg menakutkan
so aku ni dlm proses buang fren2 xknal2
menyemak je
hahhahahaa
ko fb 2010
aku pun xsilap lewat sikit drpd ko
hahaa

Al-Fikr said...

kekadang ada gak fikir camtu.... -__-

RIAN said...

nas : aku takut dengan orang yang aku kenal. bukan dengan orang yg aku tak kenal. h0hho

RIAN said...

al-fikr : ada gak terfikir ? helahh dah nama pun al-fikr, maksud pemikiran. heheh

A'IM said...

facebook jadi macam tu kerana salah diri sendiri.. ramai yang tak perasan menunjukkan aib sendiri..

RIAN said...

a'im : yea betul jugak tu. dah terbiasa up status tiap2 apa yg belaku kat kita. then org komen2, rasa best plak sampai xsedar org dah boleh judge kita based on status2 kat wall.

hamzah ian said...

ramai kot kwn tak knl kat fb.. ayoo

RIAN said...

@hamzah: betul betul. yang kawan kenal pun, bukan pernah bertegur sangat. huahha~

 
Copyright © Inspiration Box
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur