26 July 2011

Story pasal laman sosial. Myspace dengan Facebook.

Salam 'alaikum ya aiyuhal a'izzaa. Arjulakum sihhah was sa'adah fi yaumikum.


Kalau ikut trend laman sosial, aku mula dengan Friendster. Register Friendster tahun 2006 waktu tu sekolah aku baru ada cyber cafe. Yelah aku budak hostel masa tu. Kat rumah pun tak ada internet. Kira bersyukur la sekolah aku tu ada cc. Tapi heavennya sekejap je. Lama-lama, headfon dah takde. Pastu YM kena block then MySpace pulak haram. Lagi malang Youtube dah tak boleh buka.


Pastu dah pandai sikit aku buat account MySpace pulak. Kat Friendster, memang ramai kawan aku, maksud aku kawan in real life. Member sekolah semua lah. Bila aku buat MySpace, diorang ramai yang tak buat. Kira aku alone la kat MySpace tu. Disebabkan itu, aku main add je randomly. Bersembang, berkomen dan bermeseg je dengan orang randomly.


Jadinya, aku memang tak merasa lah keriuhan dan kemeriahan zaman kegemilangan Friendster. Bukak pun jarang-jarang cuma nak reply if ada orang hantar komen. Thats all. Lagi satu, kat Friendster tak boleh tengok kalau orang online ataupun tak. Berbeza dengan MySpace. So aku memang setia masa zaman gemilang MySpace tu. Ramai jugak senarai kawan maya aku kat situ. Cuma senarai bf tu takde lah. kehkeh. Memang aku sayang gila lah kat MySpace, waktu tu la.


Ni interest box aku yang dah diedit taun 2008.

Dah kosong dah. Empty space. heheh


Tahun 2008, ada kawan aku ajak buat Facebook. And aku macam, amende uhh? Dah la ada perkataan 'book' tu. Lagi lah aku rasa macam laman untuk orang skema-skema, formal-formal dan tua-tua. Hahaha. So aku tak hiraukan pun. Terus lagi dengan MySpace disamping Tagged. Tapi Tagged amat-amat-amat lembap dan aku tak minat. 


Awal 2010, akhirnya terhasil jugak accaunt Facebook aku. Cuba-cuba je waktu tu. Takde lah aku ketinggalan zaman ke hape ke. Heheh. Plus, terdengar desas-desus kengkawan MySpace aku yang mengatakan mereka akan berpindah ke facebook. Baik bersedia awal-awal kan. Sekali aku tengok, semua kawan sekolah aku dulu, hampir semua lah ada kat facebook siap dengan nama penuh lagi habaq ang. kahkah.


Waktu tu memang semua pakai nama betul lagi. Takde baby-baby, takde syayunk-syayunk, takde princess-princess. Lagak macam nama kat MySpace. MySpace punya nama jangan cakap la. Dia punya variety tu, sampai jadi satu paragraph nama je. Panjang gila. Hadoi la. Pastu bertuka tiap saat pulak. Kat Facebook, semua style formal. Huruf besar huruf kecik jaga kat nama tu. Haha. Atleast kemas la dari serabut macam MySpace.


Sejak dari tu, sedikit demi sedikit aku berpindah ke Facebook. Lama-lama, totally stick dengan Facebook je sampai sekarang. MySpace tu aku takde lah delete accaunt sebab aku sayang. Sayang woo. Tapi kan, tapi kan, bila MySpace renovate, semua mesej-mesej, semua komen-komen yang belambak beribu tu, hilang begitu saja. Gila sedihh aku. Kenangan tu semua. Apa lah boleh aku buat lagi. Nasib baik gamba tetap ada.


Tapi kan, even aku aktif kat laman sosial dan hampir separuh hidup aku dekat alam maya tu, rasanya tak pernah aku couple dalam tu. Kihkih. Ehh pernah laa jugak (:p) Kat Tagged. Tahan la lima bulan. Lama tu tapi tak pernah jumpa. Then last-last girlfriend real dia dapat tau, kelam kabut dia mintak putus dengan aku. Hahaha. Atleast dia tau siapa yang dia sayang. So kira dia yang two-timing. Aku setia je. zZz.

4 comments:

ZWAN SABRI said...

Aiseyh, tetiba rindu dengan myspace.. rindu dengan kawan2 kat myspace dulu.. entah ke manala depa suma menghilang.. HUHU

MySuaraBlog: Jom Pi Tasik Mengkuang

RIAN said...

@zwan: ada lagi ke acc myspace tu ? b4 tukar ke fesbuk, tak exchange link dulu ke. ngahaha~ diorang pun rindu zwan gak kot. kehkeh

saiazuan said...

tak minat myspace.. dlu pki fs ngan fb je.. skrng twitter :)

RIAN said...

@saiazuan: mungkin orang ektip fs tak ektip myspace kot. dan sebaliknya. hahha.

 
Copyright © Inspiration Box
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur