16 May 2011

Apakah rasionalnya belajar jawi ?

Salam alaik ayyuhal kiram. 

Tulisan jawi semakin terancam ?

Apa rasionalnya belajar jawi ? Aku hampir tak nampak faedah belajar jawi kat Malaysia ni. Kalau nak baca al-quran, tak payah tau jawi. Malahan, mengajar jawi tu agak rumit bagi budak-budak. Aku rasa la kan, buku-buku subjek bagi sekolah agama rakyat kena tukar tulisan rumi je. Sebabnya ?

1. Buku ditulis dalam jawi merumitkan proses pembelajaran. Majoriti murid-murid tak reti membaca jawi. Darjah satu, lebih separuh kelas tak reti baca jawi. Begitu juga dengan darjah berikutnya. Hampir separuh kelas tak reti baca jawi. Keadaan ini merumitkan proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Tak guna ada buku, kalau tak dibaca di rumah. Subjek-subjek di sekolah agama rakyat adalah subjek teras agama. Basic bagi agama islam, diajar di srar. Nak harap sekolah kebangsaan, apa lah sangat. Tapi, disebabkan faktor jawi, murid-murid yang tak reti tu, takkan baca buku tersebut. Lain lah kalau ada mak ayah yang consern tolong ajar anak jugak.

3. Masa yang singkat. Masa yang diperuntukkan untuk p&p sekolah agama rakyat tak sampai 3 jam. Pulak tu kena bahagi-bahagi sampai satu subjek tu dapat dalam setengah jam je satu masa. Then, guru kena ambik masa untuk bacakan teks dalam buku, yang bertulisan jawi sebelum kemudian menerangkan kepada murid.

Atas tiga faktor kat atas ni, proses pembelajaran dan pengajaran agak rumit sedikit. Pada pendapat aku, sekolah agama rakyat ni bukan sekadar mengajar, tetapi berfungsi sebagai mendidik kanak-kanak tersebut. 

Masa untuk mengajar jawi juga hanya beberapa jam seminggu. Amat tidak mencukupi tambah-tambah murid yang lambat pick up. Kesian dengan guru-guru. Murid lagi kesian. Tak cukup masa nak dapat didikan.

Sape boleh baca ni memang hebad lahh. Tak sia-sia belajar jawi dulu. =)

Apa pun, entry ini hanya lah pandangan dan pendapat peribadi semata-mata.

6 comments:

nas said...

aku boleh menulis n membaca jawi..cuma lambat ar...
tp berguna la gak...
kan huruf2 jawi hampir menyamai huruf al-Quran :)

RIAN said...

betul la nak sama.
tapi lain penggunaan. hehe,

nak ajar budak jawi, bukan main susah.
kkdg sampai rasa, guna rumi je lg senang. sebab bukan guna pun jawi bila dah besar.

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

rasa macam dah lama tinggalkan kelas belajar menulis membaca jawi ni...huhu

tp alhamdulillah masih mampu membaca dan menulis jawi =)

RIAN said...

Iqbal : alhamdulillah. . tak sia2 cikgu ajar dulu. hehe

Anonymous said...

saya nak translate yang jawi tu je :P

buah ini buah berangan
masak dibungkus sapu tangan
dunia ini pinjam pinjaman
akhirat kelak kampung halaman

btw nice article

RIAN said...

tima kasih mista/miss anonymous.

 
Copyright © Inspiration Box
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur