04 May 2011

Kenapa kau tinggal kenangan je ?

Salam semua. =)

Jadikan hatimu indah. ^_^

Ya Allah dah bulan Mei dah. Sungguh aku tak sedar apa yang aku dah lakukan dengan lima bulan yang lepas. Terbuang macam tu je ke ? Sepanjang lima bulan tu jugak tak ada perkara penting atau besar berlaku pada aku. Sebab tu la tak terasa langsung masa dah berlalu kot. @_@,

Sebenarnya aku nak cakap pasal matlamat. Masa baru masuk semester ni, aku target akan dapat menguasai suku bidang aku sekarang ni sebelum tamat semester. Sekarang dah jadi apa ? Dah jadi kenangan ? Memang lah aku ni macam hangat-hangat tahi ayam. Takat niat je mana jalan la bebal. Astaghfirullah.

Apa lagi aku nak label diri aku ni ? Manusia. Memang dasar manusia ni pelupa kot. Aku bukan saja tak dapat nak capai matlamat aku tu, malahan aku belum pun mulakan tindakan tu. Untuk serius dan konsisten. Ahh, fail lagi. -_-"

Ini lah diri aku. Oke sekarang menyesal. 

Aku sedar, segalanya perlu bermula. Ya langkah pertama itu penting. Sedang aku ? Buat ikut sempat je. Dan tak konsisten. Yang pasti, yang paling aku suka, aku dah JATUH CINTA. Alhamdulillah Ya Rabb. Bukan senang aku nak dapat cinta ni. Berapa tahun dulu cuba dipupuk.

Aku budak belajar bahasa. Dan sekarang aku betul-betul dah jatuh cinta dengan bahasa ni. Sangat sweet. ^_^, Tambah-tambah dalam lagu. Menyentuh perasaan. =) 

Dan lagi satu aku sedar, matlamat tanpa jangka masa ni amat susah. Susah sebab kita rasa masa masih panjang. Padahal masa meninggalkan kita. 

4 comments:

misz molecule said...

sbb dlm hidup ni mmg ad knangan je yg mngingatkan kite ttg smtin:)

Abdullah Ammar Al-Jitrawi said...

Insan in arabic means forget..
we r forgetful creatures =)
but becoz we forget we r able to learn.. betul x? =)

RIAN said...

misz molecule : what we have left behind, its all cuma tinggal kenangan.

RIAN said...

abdullah ammar : yup, perkataan insan asalnya adalah lupa. =) we've learn and sometimes we repeat the same thing again. huhhu,

 
Copyright © Inspiration Box
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur