24 January 2011

Lawan derhaka.

Salam 'alaikum. Membawa maksud sejahtera keatas kamu semua. Even kita bg salam dekat sorang je pun, still guna ganti nama ramai tersebut. Sekian. Ehh ?

Sering aku terfikir. Aku ni anak yang baik ke ? Baik ke aku dengan mak ayah ? Rasenye tak. Aku selalu buat mak aku sakit hati. Selalu buat ayah aku susah. Tambah-tambah bab duit. Aku tau ayah aku nak suruh aku buat pinjaman. Ye aku akan buat. Sory ayah sem lepas tak buat. Hoho.

Aku memang tak baik. Selalu je aku buat dosa. Selalu je aku bagi saham dosa aku tu kat mak ayah aku. Cuba bayang, sedang kita buat dosa, kita sedar apa yang kita buat tu berdosa. Dan kita juga tau apa balasan dari dosa tu. Masa tu, ayah dah relax-relax dapat dosa tanpa dia sedari.

Ya tanpa dia sedari. Macam mane nak sedar dah kita bukan duduk dengan dia. Kita dah jauh, belajar sampai universiti. Apa hal kita buat memang ayah tak tau. Laen ah kalau dia pasang spy. Memang free-free la nanti dapat penangan.

Sampai bila ? Sampai bila nak buat dosa ? Mak ayah kita pun teringin jugak nak dapat anak soleh solehah. Teringin jugak nak dapat doa dari anak-anak yang soleh. Tak ke kita kesian dengan mak ayah kita ? Dari kecik dia didik, semoga kita berguna.

Berguna ? Berguna untuk apa ? Berguna untuk doakan diorang masa diorang dah dalam alam barzakh nanti. Siapa lagi kalau bukan anak yang soleh. Nih nak tanya sikit, ada ke anak yang tak soleh nak doakan maka ayah dia ?

Takdenye. Diorang sibuk dengan urusan duniawi saje. Urusan kerja, pangkat, hutang, wang, dan sebagainya duduk dalam kepala. Tak ingat dah dengan benda lain. Kalau baik pun, tahan la pada tahun pertama kehilangan ayah bonda tercinta. Lepas tu, lupa. Diri sendiri nak masuk kubur dah pun lupa.

What goes around comes around kan ? 

Semua orang dok amalkan ayat ni. Yes, memang betul. Tepat jugak. Kalau dikhianati, di tinggal kekasih, bukan main ingat hukum karma. Dalam hal anak soleh pun ada lah ! Sama la macam cikgu sekolah selalu cakap, "korang nakal, tengok laa nanti anak murid korang lagi super duper nakal kat korang. What goes around comes around". Maksudnya dulu cikgu tu pun nakal la jugak kan ? Ehh,

Kita tak jadi anak yang soleh solehah untuk mak ayah kita. Anak kita nanti ? Jangan harap. Ah bapak aku pun tak pernah bawak ziarah, baca yasin kat kubur atok, aku pun tak payah la susah-susah nak buat camtu. Oke ? Kemana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi.

Peringatan ini untuk AKU.

Renungan dalam lirik. Anak soleh - UNIC


Sifat anak yang soleh mentaati ibu ayah
Tidak membantah malah mentaatinya
Halus peribadinya mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga hanya kerana Yang Esa

Hormat pada yang tua kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Didalam kehidupan penuh pancaroba

Tiada cinta di hatinya Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi
Itulah diantara sifat anak-anak yang soleh

4 comments:

nas said...

harap2 aku xtergolong dalam anak2 yang derhaka...
harap2 jadi anak yg soleh..itu yg ibu bapa nak :)

RIAN said...

insyaallah. . berusaha dr baik ke bertambah baik. =.)

therealme... said...

br aq sedar mmg byk dosa dah aq wat...huhu

RIAN said...

jom jadi baik. . huhu. . selagi peluang masih ada. =.)

 
Copyright © Inspiration Box
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur