14 December 2010

Malam pudar tanpa warna.

Hari ni malam aku tak dapat tidur lagi. Sama macam semalam. Last-last dapat tidur satu jam je. Perasaan gelisah yang, tak dapat nak dimengertikan. Insomnia ? Moga-moga tidak lah. Jangan lah pulak aku ada depression yang kena bergantung pada ubat pulak. Nauzubillah. Semoga penderitaan aku ni akan hilang, dan sinar bahagia muncul. Huhu.


Aku perlukan teman kah ? Tapi bukan semua teman yang aku boleh mencurah rasa dengan selesa. Ada la beberapa orang. Tu pun, dia mesti dah penat nak dengar benda yang sama je. Taknak lah cari diorang dah. Kesiankan diorang. Huhu.


Sebelum ni, kawan aku dah bilang, bercinta memang indah. Tapi hati-hati la, luka dia terlalu berbisa. Waktu tu aku dah tekadkan hati, apa pun yang terjadi, aku sekali-kali takkan menyesal dan seboleh-bolehnya, aku takkan minta putus. Bagi aku, apa yang tercipta tu, biarlah sampai kesudahan.


Tetapi, manusia hanya merancang. Hingga kini, ku masih terus berdoa. Agar apa yang telah terbina, mencapai jalan bahagia. Kuatkan kebergantungan hati padda Allah. Aku cuma tak mau sesuatu dilakukan dengan sia-sia. Ya. Allah sudah mengatur yang terbaik. Pasti.



2 comments:

MystiQue89 said...

wei~! ko nie aku tk pnh penat ehh dgr ko nyer cter.. jgnlh berperasaan mcm g2.. kecik tau hati aku.. I will always redi to hear from u k :)

RIAN said...

wuhuhu. .
jgn lah kecik hati pulak.
hihhi.
pasni apa2 aku citer saje.

just pasal ni,
aku pun dah penat.
huk3. .

 
Copyright © Inspiration Box
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur