16 February 2011

Mengantuk di kelas.

Salam sejahtera. ^_^


Kisah mengantuk dalam kelas. Masa sekolah rendah, fenomena nih tak penah jadik kat aku pun. Hari-hari tengok budak yang stay asrama(sekolah aku ada sediakan asrama) tidur dalam kelas. Aku macam, ape ke hei nye diorang ni bantai tido dalam kelas ? Pelik beno. Kat asrama kerje basuh baju je ke manjang ?


Habis laa buku tu ! Hahah.


Form 1.
Masuk je form 1 pegi sekolah asrama penuh. Hari first, bangun bukan main awal pastu tunggu turn shower. Sampai je kelas mengantuk sangat-sangat. Ingatkan aku sorang je. Pusing-pusing belakang, habis nak dekat satu kelas dah letak kepala atas meja. Aku pun tiru la jugak. Diorang mempengaruhi aku. HAHA. Nih belum masuk tulisan kat buku(especially nota) ala-ala tulisan sanskrit. Hehehe.


Form 2.
Dah jadi kebiasaan pun tidur dalam kelas. Tak kira laa cikgu tengah bersyarah pun. Paling best bila cikgu suruh buat latihan, haramm. Semua pakat sembunyi kepala disebalik buku. Then bila waktu prep pulak, setengah jam mula kelas pakat gosip dan bersembang. Sejam lagi diisi dengan tidur. Loceng tamat berbunyi je, otometik semua yang tido tu bangun, angkat beg terus jalan balik asrama. Keadaan nih berkurang bila tiba time exam SAHAJA. =_=''


Form 3.
Oh tahun ni ramai yang dah punya kesedaran diri. Maklum laa nak exam besar la konon. Tidur dalam kelas dapat dielakkan memandangkan waktu nih dah tak terikat dengan banyak program kat asrama sangat dah. Dah ada sikit kebebasan yelah senior menengah rendah la katakan. Heh. So takda la penat sangat sampai terpaksa korbankan waktu pembelajaran dengan tidur. Hahaha. 


Form 4.
Terpengaruh dengan kata-kata orang yang form 4 ni honeymoon year. Tak ada exam besar dan dah jadi senior. Memang dengan selamba saje aku pegi bilik sakit untuk tidur. Selalu je tempat aku akan kosong. Tambah-tambah bila ada cikgu yang nak buat kelas kat surau ke, kat dewan ke, konfem aku menghilangkan diri. Jahat. Ni semua gara-gara malam kitorang gossiping sakan sampai tidur lambat. Huh !


Form 5.
Dah ada improvement dah dalam mengurangkan ketiduran ketika belajar. Just ada certain-certain subject jeh yang ramai akan tidur. Contohnya bahasa arab. Hek3. Disebabkan ustazah tu tak penah marah langsung sapa tak tumpu perhatian. Ya memang bila tengok je jadual, nampak subject nih dua masa, dah set dah dalam kepala, okeh ni waktu aku tidur. Sangat tak baik bukan ? Waktu ni jugak dah pandai tidur secara berhemah. Bila waktu prep study dulu sikit-sikit lepas tu baru sambung dengan tidur sambil buku di riba. SPM beb !


Gambar ni main hentam je kutip kat google.


Form 6.
Hah waktu ni memang aku impressed dengan diri sendiri. HAHAHA. Sebab aku tak tidur langsung waktu pembelajaran. Ni serious ! Kawan-kawan aku semua tersengguk bagai. Tapi aku tak. Nih kat kelas je lah. Bila balik bilik aku yang tidur paling banyak dari kawan yang lain. Hehhe. Maybe sebab ni la kot. :p


p/s: korang ada tak cerita tidur dalam kelas yang lucu atau pun menyayat hati ?

16 comments:

nas said...

samalah ngan aku..
aku ni pun jenis suka mengantuk dalam kelas
lagi2 kat uitm nih
kadang2 aku terpaksa curi2 tido
sebab mmg ngantuk
hehhehee
nk wat cmne kan
tido lambat..
ho3


latest entri:

definisi blogger popular dan disukai ramai bagiku

RIAN said...

tido bukan pada waktunya mmg best.
hahaha.

nas said...

tu la pasal.. amat best
hehhee
ko penah kene tegur kan? hehe

RIAN said...

uh ? aku penah kena tegur ?
sebab tidur ? hahha. .

azilah othman said...

tidor~
=.=

RIAN said...

haha. . tid0 utk kesihatan. .

Pembawa_Wacana said...

aku suka tido malam..:D

RIAN said...

hahaha. . suka tido malam masih normal.
majoriti student suke tido dak nak
dekat-dekat pagi. .

A'IM said...

otai tido dalam kelas sampai cikgu tak perasan tentang kewujudan diri didalam kelas. hebat tak. haha... tips nyer dok tepi sekali kat tepi tingkap yang ada langsir.. tarik langsir tu pastu lindungi diri anda..confirm leh tido dengan aman.

RIAN said...

wahh. . tu lagi best.
siap ada selimut. hahhaha.
memang AMAN. :p

iqbalhakimi said...

huhu..cne ek nak ilangkan penyakit ni?..Tiap2 hari mengantuk dalam kelas... =P

RIAN said...

cara paling skema:
-tido awal tiap2 malam. sume keje esaimen wat siang2.
hahaha.

cara lain:
-minum kopi sebelum g class.
tataw ah bekesan ke tak.

-nyanyi pelan2 lam kelas.
haha,

*main bantai je nh. :p

nas said...

aah..ofcoz la aku ckp ko penah kena tido pasal ko tido..hehee..xkan kene tegur pasal lain kot...
hehehhee
kompem penah kan :P

RIAN said...

nas: kalau aku cakap tak penah, mesti ko kate aku tipu kan ?? hehhe,

tikus kecil banyak makan said...

baru bce entry neyh.. =)
haha...skul asrama jgk dlu...
favorite tdo tyme sejarah n bio...
besh...

RIAN said...

haha. sejarah pun suka gk.
tp kalau cikggu xgarang.
ha3,

 
Copyright © Inspiration Box
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur