29 December 2010

Cerita BLACKOUT.

Sedang duduk-duduk (landing atas katil sebenanye), meneruskan aktiviti biasa aku dengan khusyuk, tiba-tiba. . .


BLACKOUT !!


Gelap gulita. Laptop habis terpadam. Aku tak pakai bateri. Kornea mata aku pun mengambil masa yang lama nak stabil balik. Hoho.


Oke aku boleh aman atas katil tanpa gangguan adik kecik aku. Kalau nak tau, ada adik aku tuh, mengacau alam je keje nye. Ingat katil ni pelampung apa. Tak pun dia berangan aksi ben 10 or ultraman dia. Begegar katil aku. Memang takkan diam. Dapat bayang macam mane situasi tersebut ? Hehe.


Dah lama dalam keadaan aman tersebut, tiba-tiba. . . ada bunyi something yang annoying amat. Lebih dari adik aku lagi. Melintas-lintas bunyi tu kat telinga aku. Esh tak boleh jadik nih ! Nyamuk !! Dia dah mulakan operasi dia disebabkan kegelapan yang tak tersangka itu. Serentak dengan itu, kaki kiri dah gatal-gatal, diikuti dengan kaki kanan. Aduhh, kenapa dia attack kaki ? Jauh la nak capai. Hukhukhuk.


Nak pasang ubat nyamuk tak bolehh. Sebab bilik aku ada ubat nyamuk elektrik je. Oh dah tak boleh guna. Haihh. Rezeki kau la nyamuk. Isaplah darah aku. Bia kau sehat. Hahha.


Part yang lawaknya, adik last aku tu masuk bilik air. Dah takde lampu guna lilin lah dia. Penakut sikit kalau gelap. Dia pasang air. Dan tiba-tiba (sentiasa ada tiba-tiba), dia jerit. . .


"Baba, dalam tandas ni ada air !! Air ada la baba",


Memang eksaited habes la dia nak mengkhabarkan berita tu. Adik-beradik kitorang pelik je. Siap dah buat muka nak gelak. Pahal budak nih. Then ayah aku cakap, "Air memang la ada. Sapa pulak kate takde air". Kita orang pakat laa gelakkan dia. 


Rupanya dia ingat bila takde elektrik nih, sumber-sumber lain dalam rumah pun terputus jugak. Sebab tu la dia macam gembira plus teruja bila pasang air, ada. Kesiannya la kat dia. Mungkin jugak ni festime dia alami keadaan takda elektrik.


HAHAHAHAHA !! Memang tak abes kitorang gelakkan dia.


Dia jugaklah yang paling sibuk duduk tepi lilin. Bakar apa yang ada. Jarang jumpa api. Kesian lagi sekali. Main sorang-sorang je. Orang lain sume dah takde perasaan tengok api lilin. Tu laa lahir lambat lagi. Tak dapat join kitorang main ramai-ramai dulu. Hahha,


Oke tutup cerita takda point aku nih. Selamat *malam. *siang. (in case baca siang-siang ke)

3 comments:

Unknown said...

kelakar laa comel jer adik awk =))

fatian athiea said...

hehe...



pe2 pon..


hepy new year ye sygx...:)

RIAN said...

zuana : budak kecik comel laa jgk tapi nakal. h0ho.

misz : sudah selamat menjalani 1 januari. =.)

 
Copyright © Inspiration Box
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur