29 December 2010

Cerita BLACKOUT.

3 comments
Sedang duduk-duduk (landing atas katil sebenanye), meneruskan aktiviti biasa aku dengan khusyuk, tiba-tiba. . .


BLACKOUT !!


Gelap gulita. Laptop habis terpadam. Aku tak pakai bateri. Kornea mata aku pun mengambil masa yang lama nak stabil balik. Hoho.


Oke aku boleh aman atas katil tanpa gangguan adik kecik aku. Kalau nak tau, ada adik aku tuh, mengacau alam je keje nye. Ingat katil ni pelampung apa. Tak pun dia berangan aksi ben 10 or ultraman dia. Begegar katil aku. Memang takkan diam. Dapat bayang macam mane situasi tersebut ? Hehe.


Dah lama dalam keadaan aman tersebut, tiba-tiba. . . ada bunyi something yang annoying amat. Lebih dari adik aku lagi. Melintas-lintas bunyi tu kat telinga aku. Esh tak boleh jadik nih ! Nyamuk !! Dia dah mulakan operasi dia disebabkan kegelapan yang tak tersangka itu. Serentak dengan itu, kaki kiri dah gatal-gatal, diikuti dengan kaki kanan. Aduhh, kenapa dia attack kaki ? Jauh la nak capai. Hukhukhuk.


Nak pasang ubat nyamuk tak bolehh. Sebab bilik aku ada ubat nyamuk elektrik je. Oh dah tak boleh guna. Haihh. Rezeki kau la nyamuk. Isaplah darah aku. Bia kau sehat. Hahha.


Part yang lawaknya, adik last aku tu masuk bilik air. Dah takde lampu guna lilin lah dia. Penakut sikit kalau gelap. Dia pasang air. Dan tiba-tiba (sentiasa ada tiba-tiba), dia jerit. . .


"Baba, dalam tandas ni ada air !! Air ada la baba",


Memang eksaited habes la dia nak mengkhabarkan berita tu. Adik-beradik kitorang pelik je. Siap dah buat muka nak gelak. Pahal budak nih. Then ayah aku cakap, "Air memang la ada. Sapa pulak kate takde air". Kita orang pakat laa gelakkan dia. 


Rupanya dia ingat bila takde elektrik nih, sumber-sumber lain dalam rumah pun terputus jugak. Sebab tu la dia macam gembira plus teruja bila pasang air, ada. Kesiannya la kat dia. Mungkin jugak ni festime dia alami keadaan takda elektrik.


HAHAHAHAHA !! Memang tak abes kitorang gelakkan dia.


Dia jugaklah yang paling sibuk duduk tepi lilin. Bakar apa yang ada. Jarang jumpa api. Kesian lagi sekali. Main sorang-sorang je. Orang lain sume dah takde perasaan tengok api lilin. Tu laa lahir lambat lagi. Tak dapat join kitorang main ramai-ramai dulu. Hahha,


Oke tutup cerita takda point aku nih. Selamat *malam. *siang. (in case baca siang-siang ke)

26 December 2010

Tolong jaga image boleh ?

8 comments
Selamat pagi selamat malam selamat siang. ^_^ (bergantung pada masa anda membaca)


Apa yang ingin dicoretkan, di malam yang dah diklasifikasikan sebagai pagi ini, kesal juga melihat situasi. Malang lagi orang yang terlibat adalah kenalan sendiri. Tidak terasa malukah ? Tidak terasa tersadungkah maruah ? Walaupun alasan hanya suka-suka.


Apa yang ada dengan gaya itu ? Atau berusaha mendapatkan publisiti. Atau ingin orang yang melihat memikirkan bukan-bukan ? Itu boleh menjurus fitnah. Dan mulalah komen berjela-jela dibawah.


Sungguh aku tak faham !


Contoh

Tak senang lah tengok pic-pic macam ni. Bukan berniat mencaci atau mengkritik berlebih-lebihan. Cuma menyuarakan apa yang terlintas.

Perempuan bertudung sepatutnya menjaga imej. Bukan juga nak kata yang freehair boleh buat apa saja. Tidak juga. Dapatlah ditafsirkan niat mereka cuma main-main. Tapi tak semua perkara boleh dibuat main-main. 

Tak payah lah ambik gambar buat gaya macam ni. Kalau ya pun suka-suka dengan member, tak perlu nak publish kat laman sosial.

Nota : Bukanlah nak jaga tepi kain orang atau menyibuk hal hidup orang lain. 

25 December 2010

Aku CINTA dia.

6 comments
Salam sayang salam sejahtera salam kenal. =.)


Selamat petang. Cuaca diluar hujan. Hujan yang kadang-kadang lebat, kadang-kadang tak. Dan dah mula nak lebat balik. Oke kain dah angkat, beres. Lipat ? Err. . nanti. Hehe.


Kenapa tajuk aku CINTA dia ? Itu bukan persoalan. Yang ingin dicoretkan adalah kenapa aku cinta dia ? Adakah sebab dia macho ? Kaya ? Tidak ! Aku tak pernah cinta pada orang yang seakan-akan perfect. Cinta pandang pertama juga tak pernah. Maksud seakan-akan perfect tu, lelaki yang mempunyai pakej.



kenapa aku CINTA dia ?
1. Dia pikat aku.
2. Dia ajak aku couple.
3. Dia janji nak kahwin dengan aku.
4. Dia macam budak-budak.
5. Dia tak percaya aku sayang dia.
6. Dia sensitif.
7. Dia kadang-kadang membosankan.
8. Dia tak tau birthday aku.
9. Dia lupa bila start couple.
10. Dia suka senyap tiba-tiba.
11. Dia jarang telefon aku.
12. Dia merokok.
13. Dia sanggup berhabis duit sebab motor.
14. Dia amat perlukan kawan dia.
15. Dia selalu cakap dia sunyi.
16. Dia tak sempurna.
17. Dia manusia biasa.
18. Dia tiada keistimewaan.
19. Dia tak matang.
20. Dia suka buat keputusan yang berubah-ubah.
21. Dia minta aku setia.
22. Dia minta aku percaya dia.
23. Dia tak pernah teman aku.
24. Dia tak pernah jalan-jalan dengan aku.
25. Dia sukar difahami.
26. Dia tak suka pujuk orang.
27. Dia tak suka orang merajuk.
28. Dia suka buat orang tertanya-tanya.
29. Dia selalu happy-go-lucky.
30. Dia senang rasa terganggu.


Ni semua hasil aku merepek dan critical thinking. Haha. Tiada kaitan. Mungkin bosan ? Aku tak mau jatuh hati pada orang yang kaya. Nanti ada orang lain rebut dia. Aku taknak bercinta dengan orang yang handsome. Nanti ramai yang akan cuba dapatkan dia. Ni sekadar teori aku saja.


Tapi, orang yang aku cinta juga sudah berubah hati. Siapa pun pilihan aku, ujian serta dugaan tetap datang. *Tersedar.


Persoalan: Apa perasaan bila mengetahui kekasih hati sendiri, jadi kekasih gelap orang ?

Tak suka motor lah !

2 comments
Hai selamat siang :) Sehat kah ? Ucapkan Alhamdulillah~ 

Tajuk, tak suka motor. Ohho. Kenapakah ? Aku tak standard pun nak tak suka tak suka motor nih. Beriya. Gaya macam loaded sangat. Waktu aku tulis entry ni, rumah gamat sangat. Adik lelaki aku dan adik lelakinya bergaduh. Oke maksud aku dua orang adik aku tengah bergaduh.


Abangnya taknak mengalah. Yang adik dah sampai nak menangis. Adess. Situasi ini hari-hari. Tak sabar aku tunggu dua-dua mereka ni besar dan matured. Haha. Mesti dah tak bising rumah.


Oke aku tak berapa suka gemar moto ni. Kenapa ?


1. Aku takda lesen moto. Hohoho. Sian aku. Yalah dulu aku pegi ambik lesen kete je. Sebab konon rasa prestij la tuh ada lesen kete. Kehkeh. Lagi satu, aku takut nak amik lesen moto. Bukan sebab aku tak reti bawak, tapi aku taknak jalani latihan kat pusat latihan tu. Hukhukhuk.


2. Moto rumah aku tak best. Rumah aku ada dua bijik moto. Satu mak satu ayah. Dua-dua jenis modenas. Moto ayah, enjin quite oke la tapi break tak bape makan. Mak punye plak, enjin tak best. Dah gear tiga tapi still mengaum lagi. Sebab tu lah, kalau nak pegi kedai dekat nak mampus pun, aku gagah start kete. Oh aku terlalu memilih ?


3. Taknak hitam. Nih macam mengada-ngada gila. Hikhik. Kalau nak tau, aku ni takde la putih mane pun. Tapi kulit aku cepat hitam. Bejalan la bawah panas tanpa payung barang setengah jam, balik-balik nanti muka dah merah-merah, then tinggal belang kat muka. H0ho. So kena elakkan menunggang moto. Ah alasan !


Gila-gila gedik dan memilih kah ? Hurm. Tapi bukanlah kata aku tak pernah naik moto dan tak boleh langsung. Tidaklah. Hehe.


Okeh adik aku dah senyap dah. Masing-masing tekun mengadap game. Sorang kat laptop mak, sorang kat desktop ayah. Ish. Tak senang dengan situasi ini. Adik-adik, pegi belajar !! (kompem takda respon).

24 December 2010

Sangat senang hati dengan dua benda ni.

5 comments
Salam sahabat. ^_^

Semalam berapa kali eh aku keluar rumah ? Hehhe, selalunya berkurung je kat dalam bilik. Nak keluar malas. Plus ada internet, baik explore internet dari explore bandar nih. Hahaha. Oke harini ada benda yang buat aku puas hati sangat. Hehe.


1. Aku dapat buat side parking !! Oh sound silly rite ? Adess. Kalau nak tau, lesen P aku bakal tamat akhir bulan nih. Baru pes time buat side parking ? Iyalah ! The truth is aku tak reti buat side parking. =_=' Oke boleh gelakkan atau pandang hina kat aku. Ish3, Sebelum ni aku akan avoid parking yang macam tu. Tak kesah la kena pusing tempat tu berapa kali pun. Nak jugak cari parking yang biasa je tu.


2. Trixx yang aku teringin gila nak makan (bukan mengidam oke), akhirnya aku dapat jugak. Hekhekhek ! Setelah susah payah aku cari menatang nih, explore kedai ke kedai tak jumpe-jumpa. Haih. Memang kesanggupan betul lah. Last-last, bila aku da puas cari semalam tanpa disengaja ternampak kat giant dekat tempat aku. Gila bersyukur lah ! Hehe. Serious macam budak kecik. *_*


Please be careful of your rabbit.
Here the cereal ! Come come lets eat together.




20 December 2010

Ujian CINTA 2.

2 comments
Salam sejahtera dan selamat hari isnin =.)

Sebelum dimulai, siapa pernah dengar nasyid bertajuk Siti Zulaikha by DeHearty ? Lagu dan lirik memang best dan memang jadi feveret aku sekarang. ^_^ Okeh sini videonya bagi siapa-siapa yang nak dengar.

DeHearty - Siti Zulaikha
Seandainya tercatat dia milikku
Seandainya tercatat dia untukku
Dekatkanlah daku bermesra padu
Bahagia sentiasa setiap waktu

Tak ingin daku kecewa bercinta
Andai milik bukanlah takdirnya
Bawalah dia sesaujana mata
Biarlah luput kerlipan permata

Biar berjalan di awan gelap
Tanpa cintanya yang kian malap
Takkan lagi daku berharap
Sendirinya berkilau tanpa digilap

Siti Zulaikha engkaulah permata
Penghias seri taman syurgawi
Kasihmu tiada tolok bandingnya
Tersimpul cinta bersama redha-Nya

Siti Zulaikha serikandi kasih suci
Sejernih embun yang putih berseri
Megahlah berdiri tugu cinta ini
Tegak bersama kasih abadi

Namun dengan kuasa yang Esa
Cinta terbiar tersahut disapa
Berputiklah mekar menyinar bahgia
Kasih cinta pada Yusuf mulia

Nasyid ni menceritakan tentang cinta Siti Zulaikha kepada Nabi Yusuf. Siti Zulaikha pernah jatuh cinta lantaran ketampanan yang dimiliki oleh Nabi Yusuf. Walaupun pada ketika itu, beliau sudah menjadi isteri seorang pembesar Mesir serta hidup dalam kemewahan.

Kerana cinta itu juga, beliau sanggup menggoda Nabi Yusuf tetapi Allah memelihara Nabi Yusuf, seiring dengan sifat seorang nabi yang maksum. Nabi Yusuf memang telah dianugerahkan wajah yang tampan serta mampu mentafsir mimpi.

Maka hiduplah Siti Zulaikha dengan perasaan cinta membaranya pada nabi Allah Yusuf a.s. Ujian cinta ini telah berlaku sejak zaman nabi lagi. Sehinggalah masa berlalu, suami beliau telah meninggal serta segala harta kekayaan telah hilang, biarpun sudah terpisah lama dengan Nabi Yusuf, cinta Siti Zulaikha tidak pernah padam.

Biarpun cinta beliau tidak pernah terbalas apa lagi memiliki insan yang dicintai itu, tetapi perasaan itu terus mekar dalam hati. Betapa tersiksanya menyimpan perasaan bertahun-tahun lamanya. Dan selama itu juga Siti Zulaikha mendekatkan diri pada Allah. Beliau yang dulu tidak beriman, telah berubah dan diberi hidayah oleh Allah.

Akhirnya, telah ditakdirkan Nabi Yusuf bertemu kembali dengan Siti Zulaikha. Telah ditentukan Allah, cinta Siti Zulaikha terbalas juga dan mereka telah berkahwin. Ujian cinta terhadap Siti Zulakha itu berat dan bertemu sinar bahagia di penghujung.

Kisah Siti Zulaikha dan Nabi Yusuf ini harus dijadikan pengajaran dan diambil iktibar. Cinta tidak harus memiliki dan cinta tidak harus bahagia. Pelbagai rintangan dan halangan cinta yang perlu ditempuh oleh manusia. Hanya pada Allah tempat kita bergantung.

Secebis nasihat buat diri sendiri dan sesiapa yang pernah kecewa bercinta, ingatlah masih ada Yang Kuasa yang perlu kita labuhkan terlebih dahulu cinta kita. Hanya pada Dia tempat kita memohon. Walau terluka mana pun kita, Allah sentiasa ada sebagai tenpat kita mengadu. Kuasa Allah yang membolak-balikkan hati manusia. Kuasa Allah yang mempertemukan manusia. Teruskan berdoa, agar hati kuat kebergantungannya pada Allah. Yakinlah pada ketentuan Allah. Tidak ada apa yang lebih hebat dari aturan Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui.

Keyboard off.

19 December 2010

Ujian CINTA !

0 comments
Cinta. Perasaan yang sukar untuk diungkapkan dan membawa erti yang cukup besar. Cinta boleh membawa kebahagiaan. Cinta juga boleh membawa perpecahan. Siapa yang bersalah ? Cintakah yang bersalah ? Apakah kuasa cinta dalam menyatukan manusia atau sebaliknya ?


Cinta itu kadangkala indah. Perasaan itu membawa kita terbang ke suatu tempat yang indah. Penuh warna. Hingga si pemilik cinta merasakan kebahagiaan yang mampu membuatnya tersenyum. Membuat waktu menjadi singkat. Hari-hari yang dilalui dengan keceriaan.


Si pemilik cinta akan merasa sangat selamat dengan cinta. Merasa disayangi dan sentiasa diberi perhatian, seiring dengan fitrah kejadian manusia yang memerlukan kepada kasih sayang lawan jenis. Kasih sayang yang membawa kepada perkongsian hidup.


Kerana cinta juga, wujud permusuhan dan perpecahan. Atas nama cinta, berlakunya kemusnahan. Cinta yang dikhianati, cinta yang tak kesampaian, mampu untuk bertukar menjadi dendam jika tidak dikawal dengan iman.


Cinta, sesiapa yang sedang menikmatinya, harus bersedia untuk menerima akibat dari percintaan itu. Tatkala akar cinta dicabut, yang tinggal hanya bekas-bekas, perasaan itu amat perit. Tidak terucap dengan kata-kata. Sedang mekar bunga-bunga cinta, tiba-tiba akarnya rosak. Apa akan jadi pada bunganya ?


Saat terlerainya ikatan cinta, saat terlepas dari simpulan cinta, kita akan rebah, hilang arah. Terduduk tanpa ada yang mampu memapah. Tertinggal keseorangan didalam kota cinta yang penuh liku dan simpang. Sesat. Selama ini kita berpimpinan tangan berdua, tiba-tiba terpaksa berjalan sendirian. Samar tujuan.


Ujian cinta itu berat. Bila hati suci yang dipertaruhkan tanpa ada sedikit titik hitam pengkhianatan pun, tetapi terhempas ke lantai, berderai. Tinggal berseorangan mengutip sisa-sisa hati untuk membina semula kekuatan. 


Ya. Cinta begitu subjektif. Adakah cinta itu agung ? Adakah cinta itu sampah ? Adakah cinta itu virus ? Apabila cinta pada manusia melebihi cinta pada Allah, sekali terputus cinta tersebut, maka hilang terus tempat bergantung.


Jika cinta pada manusia adalah selepas cinta pada Allah dan rasul, hati yang telah dikhianati itu akan tetap kembali pada Allah. Hati itu akan kuat kebergantungannya pada Allah. Manusia itu seterusnya, tidaklah begitu kecewa dan terluka lantaran masih punya cinta pada Pencipta.

16 December 2010

Saya seorang guru.

6 comments
Cita-cita aku dari kecik, yang tak pernah berubah dan sentiasa ada dalam list adalah nak jadi seorang cikgu. Semangat lah nak ajar orang. Macam best je. Tengok majoriti cikgu-cikgu nih bergaya, pakai make up tebal. Then bawak rotan. Hahaha. Banyak kali jugak la melakonkan watak cikgu nih bila main dengan member.


Then, ya. Cita-cita aku tu agak tercapai la. Event aku belum degree lagi. Tapi aku dah merasa jadi cikgu oke ! Tapi aku mengajar budak kecik je lah. Kecik yang comel-comel nakal-nakal tu. Mula-mula, decide tanak jadik cikgu garang, sebab cikgu garang anak murid tak suka. Kan ? Kan ?? Huh, siapa suka kalau cikgu garang-garang. Oke aku nak jadi baik. Hehhe.


Tuh sebelum masuk sekolah, bila dah masuk, dah ngadap budak-budak nih, memang rasa tak boleh nak teruskan niat nak jadi baik terus tu. Hah ambik kau !! Kena mix dengan GARANG jugakk ! Haih. Hari pertama, kira minggu pertama lah, diorang baik lagi. Dengar kata dan tak bising sangat. Ish, kutuk anak murid pulakk. *_*
Kelas pertama aku pegang.
Yang bestnya, tiap-tiap hari bila aku sampai je sekolah, budak-budak ni mesti perhati habis-habis punye lah. Especially budak perempuan. Hari-hari nak tengok aku pakai kasut, beg, baju apa. Then diorang akan cakap, cikgu ni cantik ! Hehehe. =) Budak-budak tak reti menipu kan ?? Kira apa yang diorang cakap tu betul kan ??


Macam-macam lah journey aku masa bergelar cikgu nih. Walaupun aku mengajar tak lah lama sangat, tapi memang banyak jugak memberi impak dalam hidup. Cehh. . ayat lebih-lebih pulak. Haha. Mana tak nya, aku yang takde basic apa-apa pun pasal nak tackle budak, memang agak susah jugak. Tambah-tambah budak darjah satu. Fuhh chalengging gila lah.


Tapi, mereka tetap dihati. Aku sayang sangat diorang. Kecik-kecik dah comel, besar nanti jadi baik lah insyaAllah. *Tiba-tiba terasa yang semua cikgu-cikgu aku dulu, sayang aku jugak. Haha.

15 December 2010

Morning and afternoon.

2 comments
Happy morning ! Upss. . its already afternoon lah. My sleep time has been change so drastically. Huhu. I couldnt sleep at nite then after subuh, my eyes start feeling sleepy. And i will sleep till afternoon. 

Well i have plan today. Wanna go somewhere which there has bookstores. Wanna find some book for my reading habit. Heheh. Not really habit la, just for starting. Hope it will continues as a very good habit. =)

Oh how bout my feeling today ? Hurmm. . The feels of something missing. Ya everytime i woke up from sleep, everytime i open my eyes and my mind start working, i am thinking of him. Huahha. Hope i will totally recover soon. Insyaallah !

Gambar hiasan.

Mutiara kata.

14 December 2010

Perangai lah !

2 comments
" Ni tengahari aku malas pegi kelas tafaquh lah "
" Ehh kau ni ! Perangai seyhh "


Oke nih antara dialog antara aku dengan member. Oke aku memang banyak perangai tak elok. Ish3. Tambah-tambah aku seorang PELAJAR. Lagi la tak boleh amalkan bende-bende nih.


Kat sini, the point is, bukan lah nak citer pasal kehidupan pelajar aku. Just nak share sikit-sikit pasal aku je. Aku ada satu perangai yang memang aku perasan, dari kecik lagi. Aku MALAS mandi. Hehe. Teruk bukan ?


Kecik-kecik comel kan ?


Kecik-kecik dulu, bila time mandi je, mesti tiba-tiba buat sibuk. Mak panggil mandi, jawapan mesti kejap lagi. Dah banyak kali, lastly my mom drag me into the bathroom (kecik comel senang la nak tarik-tarik), then jirus terus air dengan baju-baju sekali. Ish3, sadis betul. Haha, Kejadian ni berlaku kat rumah je lah.


Dan sekarang, err. . sekarang perasaan malas mandi memang ada. He3. Kalau takde nak ke mana-mana hari tu, jangan haraplah nak mandi awal-awal. Mesti bila hari dah panas, and da rimas-rimas da, baru la paksa diri pegi mandi. Huahha.


Sekarang jugak dah ada tabiat mandi tengah malam. Mulanya masa sekolah menengah lah. Haih ! Orang cakap kalau selalu buat bahayakan kesihatan. Bila la nak jadi rajin mandi dengan suka hatinya nih.

Betul ke aku sopan dan lembut ?

2 comments
Setiap manusia mesti ada karektor dan sifat sendiri. Cara bercakap, cara berjalan, cara bersosial, semuanya berbeza. Agaknya, karektor aku macam mana eh ? Kalau tanya kawan baik, mesti dia cakap aku baik. Dah dia baik dengan aku. Haha,

Pasal aku pulak, hurmm, masa baru-baru masuk ipta, biasalah mesti ada minggu orientasi. Pegi mana-mana pun kena beratur dan duduk ikut kumpulan. Bila teringat, rasa nak gelak je ! hahaha. 

Then ada lah seorang nih, duduk dekat-dekat dengan aku bila gathering. Satu hari tu, sempat la tegur-tegur. Dia bilang aku ni lembut je orang nye. *hehehe (bangga) ishh ! Dia kata, dia tengok cara aku jalan lembut, cara aku cakap pun sopan je. Pendek kata memang aku ni seorang yang sopan. Betul ke ?

Melambangkan kesopanan. hehe.

Hurm, kalau nak cakap pasal cara jalan, aku suka jalan tunduk kepala. Then kaki tak seret-seret. Memang taknak lah orang sedar yang aku tengah jalan. Segan. Tambah-tambah kalau jalan sorang-sorang.

Cara aku bercakap, yang di depends kot dengan siapa aku bercakap. Kalau dengan orang yang lebih tua, konfem la penuh adab. hehe. Dengan kawan rapat, tak tau la nak komen. Huah ! Kelemahan aku, takde konfiden kalau kena cakap depan orang ramai. Sebelum tu elok tersusun semua isi, boleh jadi tunggang terbalik. haha.

Apa la karektor sebenar aku eh ? Apa yang orang fikir tentang aku eh ? Huuu~


Apa harus aku fikir ?

2 comments
Dalam fikiran saya sering terlintas, siapa yang awak sayang ? Dengan siapa yang awak ikhlas. Siapa yang benar-benar awak cinta. Apa yang awak cari ? Especially, apa yang awak nak dari saya ?
Kenapa tak berterus terang dengan saya ? Saya takkan marah awak. Saya bukan orang macam tu. Saya cuma nak tahu masih lagi saya diperlukan awak ? Awak masih ada niat nak menikahi saya ? Jika semua tu dah tak ada, saya tak kisah. Kecewa itu sudah tentu. Tapi apa yang lebih hebat dari ketentuan Allah ?
Saya cuma minta kata putus. Jangan biarkan terus saya tanpa jawapan bagi persoalan ini. Adakah awak masih punya niat untuk menikahi saya ? Jika ya, jawab ya. Kalau dah tak, jawab tak. Kalau masih c0nfuse, cakap masih confuse. Saya tak paksa awak apa-apa.
Cuma mahu awak TERUS TERANG dan bagi kata putus. . itu sahaja. Tak menjatuhkan maruah awak pun. Sikit pun tak merugikan awak.




Bukan seorang.

0 comments
Kalau aku kecewa, ramai lagi yang pernah kecewa. Kalau aku terluka, ramai lagi yang lebih hebat lukanya. Kalau aku derita, orang lain ramai lagi yang lebih menderita. Bukan aku seorang.
Ambil pengajaran dari sekeliling. Sewaktu gembira, kita sering lupa Allah. Lupa untuk bersyukur. Bila diberi sedikit kekecewaan, bilamana kita rebah, saat itu automatik kita akan ingat Allah. Tuhan yang telah mencipta kita.
Hanya dengan itu, kita akan kembali kepada Allah. Kerana kita memiliki sifat hamba. Sifat yang memerlukan kepada kuasa yang lebi hebat. La ilaaha illa Allah. Tiada kehebatan lain yang boleh menandingi kehebatan Allah. Tiada tuhan melainkan dia. Pada ketika itu, kita kembali kepada fitrah. Fitrah ingin bertuhan.
Aku bersyukur diatas ujian ini. Walau tidak seberat mana. Tapi cukup untuk membuat aku tersedar. Cukup membuat aku ingin kembali kepada tuhan. Kerana mendekatkan diri pada tuhan, memberi aku kekuatan. Aku akui, bukan mudah untuk bangkit kembali.
Ashkuruka Ya Rabb. Kerana beri aku peluang. Kerana menguji aku.

Malam pudar tanpa warna.

2 comments
Hari ni malam aku tak dapat tidur lagi. Sama macam semalam. Last-last dapat tidur satu jam je. Perasaan gelisah yang, tak dapat nak dimengertikan. Insomnia ? Moga-moga tidak lah. Jangan lah pulak aku ada depression yang kena bergantung pada ubat pulak. Nauzubillah. Semoga penderitaan aku ni akan hilang, dan sinar bahagia muncul. Huhu.


Aku perlukan teman kah ? Tapi bukan semua teman yang aku boleh mencurah rasa dengan selesa. Ada la beberapa orang. Tu pun, dia mesti dah penat nak dengar benda yang sama je. Taknak lah cari diorang dah. Kesiankan diorang. Huhu.


Sebelum ni, kawan aku dah bilang, bercinta memang indah. Tapi hati-hati la, luka dia terlalu berbisa. Waktu tu aku dah tekadkan hati, apa pun yang terjadi, aku sekali-kali takkan menyesal dan seboleh-bolehnya, aku takkan minta putus. Bagi aku, apa yang tercipta tu, biarlah sampai kesudahan.


Tetapi, manusia hanya merancang. Hingga kini, ku masih terus berdoa. Agar apa yang telah terbina, mencapai jalan bahagia. Kuatkan kebergantungan hati padda Allah. Aku cuma tak mau sesuatu dilakukan dengan sia-sia. Ya. Allah sudah mengatur yang terbaik. Pasti.



13 December 2010

Ighfirli Ya Rabb.

0 comments
" Ya Rabb. . Sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim. . Ampuni aku. . Laa ilaaha illa anta, subhaanaka inni kuntu minazzalimin "

- aku tahu aku telah melanggar batas-batas pergaulan dengan dia. walaupun matlamat aku ingin dinikahi oleh dia, tapi cara itu telah membawa dosa padaku. suaraku, adalah aurat untuk diperdengarkan padanya. 


- segala perasaan aku pada dia, setiap kerinduan aku padanya, sedikitpun tidak dinaungi rahmatmu. hubungan aku dan dia belum mendapat redhamu.


- dan kini, mungkin ini balasanku atau apakah ujian buatku ? hatiku telah terhiris tatkala hubungan ku dan dia dilanda masalah. dia mendiamkan diri dan semakin menjauh, disaat hatiku benar-benar menyayangi dia dengan sepenuh hati. disaat aku hanya menunggu lafaz nikah keatas ku. ketika aku benar-benar berharap pernikahan kami suatu kenyataan.


- Ya Allah, sesungguhnya ujianmu ini berat bagiku. bagaikan separuh hidupku pergi. tidak berdaya. terlalu perit Ya Allah. . walau ku tahu, semuanya adalah takdir ketentuanmu, tapi jiwaku tetap merasa kehilangan.


- saban hari ku berusaha bangkit. kadangkala ku kembali tersungkur. empangan air mata seakan-akan telah runtuh. sukar ku lelapkan mata dimalam hari. kesedihan telah merenggut ketenangan jiwaku. pagiku tak bermaya mengenangkan hubungan yang tinggal kenangan.


- sungguh perit saat merasai luka dihati. benar. ku telah menzalimi diriku sendiri. andai sahaja aku berkeras tidak melibatkan diri dengan cinta sebelum nikah, aku tak akan terseksa sebegini. 


- Ya Allah, ampuni aku. Beri aku peluang untuk mendekati mu. Kuatkanlah kebergantungan hati aku pada mu. Yakinkanlah aku dengan ketentuan mu.



10 December 2010

Kenangan bunga jarum.

0 comments
Bunga jarum.
Pokok bunga jarum, bunga dia ada dua jenis. Merah dan kuning. Ada spesies kecik dan ada yang besar. Bunga merah lah yang femes dan menjadi pujaan hati. Hehe. Ni semua refer pada cerita kecik-kecik dulu. =.)

Aku duduk kampung rumah tok, ramai sedara-mara sepupu-sepapat semua, rapat dan boleh kata satu kepala lah. Yang tua jadi leader, kecik-kecik ni ikut je lah kan. 

Cerita pasal bunga jarum dan madunya (madu?), aku dan sepupu sama umur suka sangat cabut bunga dan isap madu dia satu-satu. Tak tinggal sikit pun. Then berterabur la sepah-sepah dia atas lantai. Biasa lah kecik-kecik mana pandai nak hilangkan jejak. Haha.

At last, mak-mak kitorang found up. Kena marah jugak lah. Mak cakap, tak elok sedut bunga tu. Nanti sakit. Aku fikir, elok je kitorang sedut, tak mati pun. Hahaha.

Tiba-tiba malam, nak tidur kena minum susu dulu. Minum satu botol (waktu tu kecik lagi.sumpah!), then tiba-tiba muntah. Demam terus. Waktu tu ada la jugak sedikit penyesalan. Hehehe.

Cerita yang kedua, waktu tu kitorang dah besar sikit. Kira dah masuk sekolah rendah lah. Dan waktu ni, aku dah tak duduk kampung dah. Kitorang dah pindah bandar. Bila sesekali balik kampung, berjumpa semula dengan kazen-kazen, mula lah eksplorasi. o_O

Yang kuning tak best ! Takde nafsu nak petik.

Sekali lagi kitorang petik bunga jarum yang tengah masak ranum tu. Hehe. Dah habis sedut satu round, pegi lagi sekali sebab nak petik lagi (addiction betul). Tiba-tiba tok perasan aktiviti kami. Apa lagi marah la dia. 

Terpaksa kami melarikan diri sebab taknak kena marah. Hahaha. Kitorang lari la ke sungai. Duduk berjam-jam kat situ nak bagi kemarahan tok reda. Bila dia lupa, takde la kena marah lagi dah.

Dah sampai sungai tu apa lagi, berendam la sampai kecut biru bibir dan tangan. Tapi tak pernah puas. Huahh, kecik-kecik memang bahagia !

09 December 2010

Perkara yang ditakuti semasa menerima seseorang dalam hidup.

0 comments
Buat pertama kalinya, tajuk bagi post aku panjang. Selalu sepatah-sepatah je. Dan diakhiri dengan tanda soal. Betul kan ? o_O
Okey lah berbalik pada tajuk. Apa yang ditakuti aku semasa menerima seseorang ? Paham lah kan menerima seseorang untuk apa. Takkan lah sebagai bibik kot. Dan aku bukan bos kalau nak menerima pekerja pulak. Menerima seseorang sebagai teman hidup. Dan belum lagi jadi suami.
Letak gamba nih sebab, aku ni perempuan, mesti la di propose oleh lelaki. Hehe. Apa yang aku fikirkan dan takutkan adalah. . ? Hurm, ni bagi aku la. Kalau orang lain tak tau la ada perasaan ni atau tak. Tapi bagi sesiapa yang menerima hanya untuk test-test cuba-cuba main-main, tak rasa lah kot.
Yang aku takutkan :
1. Di tinggalkan
Masa minta untuk jadi teman hidup, mesti lah ayat manis je yang keluar. Sesuai bagi menggambarkan perasaan ketika itu. Perasaan cinta dan sayang. Ada ke lelaki yang nak propose perempuan, padahal dia sedikit pun tak punya perasaan terhadap perempuan itu ? Ada. Dicabar oleh rakan atau test power.
Bila menerima, aku takut ditinggalkan. Bagaimana kalau tiba-tiba perasaan sang pria berubah ? Bagaimana kalau tiba-tiba dia terjatuh sayang dengan perempuan lain ? Oh pasti pedih untuk melalui peringkat itu. Walaupun janji telah ditabur, pada saat kasih tiada lagi, hanya ungkapan maaf mampu diberi. Betul kan ?
2. Meninggalkan
Aku tak sanggup nak melukakan hati orang. Aku tak boleh untuk menetapkan jodohku sendiri. Segalanya ketentuan Ilahi. Bagaimana jika suatu hari nanti, waktu dia sudah terlalu sayangkan aku, tetapi perasaan aku padanya mulai hambar ? Jika aku minta dilupakan, pasti sakit buat dia.
Kalau aku teruskan, aku mungkin lagi menyakitinya. Malah, hidup aku juga tak happy kot. Sebab kena pretend yang kita sayangkan somebody, and taknak dia get hurt. Baik sungguh hati aku. Lagipun, bahaya lukakan hati orang ni. Nanti kita kena balik. Buatnya dia berdendam sampai bomoh-bomoh, pedajal-pedajal lagi haru.
3. Mendapat halangan
Oh ini lagi satu cabaran bagi pasangan bercinta. Dah bercinta lama, tiba-tiba ada tentangan dari family pulak. Kalau dengar lagu zaman 90an, lirik-lirik dia sering menggambarkan hubungan cinta terhalang dek family, family terlalu mementingkan status dan harta serta banyak lagi lah.
Selain daripada tu, banyak lagi kan halangan-halangan yang dihadapi oleh pasangan bercinta. Huh. Sebab tu lah ada nya istilah kahwin lari ataupun kahwin kat siam. Ish3. Walaupun sah, tapi banyak risiko selepas. Kalau bahagia hingga hujung nyawa tak apa lah.
Hurm, tujuan berpasangan ni bagi aku, kena betul. Bukan saja nak main-main. Nanti terjerumus ke dalam kancah perzinaan dan kemaksiatan pulak. Nauzubillah. Minta dijauhkan dan dipelihara. Amin. Ikhlaskanlah hati disertai doa.

06 December 2010

Impian kenangan.

0 comments
Kenangan.

Kenangan. Ada apa dengan perkataan tiga suku kata ini ? Kenangan adalah sesuatu yang dah lepas dan menjadi sejarah. Begitukah ? Definisi aku sendiri.

Impian. Ada apa dengan perkataan ini, yang turut mempunyai tiga suku kata ? Impian adalah sesuatu yang manis dan bahagia, yang kita inginkan di masa hadapan. Betul kan ?

Impian kenangan. Ada apa dengan dua patah perkataan ini ? Dua patah perkataan ini membawa maksud impian yang telah menjadi kenangan. Ya. Impian, yang belum tercapai, dan akhirnya hanya tinggal kenangan.

Penuh impian.

Disini, aku ingin meluahkan, betapa peritnya memiliki impian kenangan ini. Impian yang telah terbunuh. Terbunuh bila mana salah seorang berubah hati. Ya. Aku ingin mengatakan tentang masalah hati. Pusara impianku masih merah dan basah.

Pada mula menerima, telah kutanam dihati bahawa dia adalah bakal pemimpin rumahtanggaku. Impian itu juga bukan bertepuk sebelah tangan. Tapi, entah dimana silapnya, si dia berubah hati. 

Maka, tinggallah aku bersama impian yang telah menjadi kenangan. Semoga luka ini, membeku dengan platletets, seterusnya sembuh membina kekuatan aku semula. Untuk tidak lagi menangisi impian yang telah hilang. Impian kenangan.

Menulis sesuatu yang memberi diri sendiri inspirasi.

Luka itu manis.

0 comments
Luka.

Luka itu manis. Ya ! Luka itu manis. Tak percaya ? Silalah rasa. Huhu. Bila luka sikit dijari, automatik sesetengah orang tu masukkan jari dalam mulut. Dulu kecik-kecik pelik jugak. Ape ke halnye tangan luka masuk mulut. Memang darah ni kene hisap ke ? Ish, tapi yang hisap darah ni hantu je (biasala kecik-kecik).

Luka pada perspektif aku adalah manis. Bukan lah luka dijari. Tapi luka dihati dan jantung. Bayangkan selepas dilukai, tiba-tiba datang bahagia bak shining star. Cuba kalau kita tak terluka, mesti kita nampak bahagia yang menjelma tu umpama lampu suluh kurang bateri je kan.

Luka itu manis. Setelah terluka, baru kita tahu apa yang kita mahu, apa yang terbaik untuk kita, dan apa yang bukan sepatutunya milik kita. Pada ketika itulah, datangnya kesedaran. Pada ketika itu juga kita berusaha membina kembali kekuatan untuk teruskan perjalanan hidup.

Luka itu manis ! Boleh juga membawa penyakit. Macam gula, manis dan berisiko. Setiap sesuatu di dunia ini, ada kebaikan dan ada keburukan. Sepertimana luka, hati yang dilukai, kadangkala begitu susah untuk dipulihkan kembali. Sehingga mampu untuk mencederakan anggota lain. Contohnya, mental terganggu atau cubaan bunuh diri.

Ya. Luka memang manis. Cara paling maksimum untuk menikmati luka adalah menangis. Perempuan dan lelaki, mungkin berbeza tahap kelukaannya yang mampu membuat mereka menangis. Perempuan pasti akan lebih mudah menangis. Kerana hatinya terlalu lembut berbanding hati lelaki.

Gambar hiasan.

05 December 2010

Rentak lagu apa yang match aku ?

0 comments
Gambar hiasan.
Rentak lagu ada pelbagai jenis. Minat aku suka berubah-ubah. Ikut mood kot. Aku suka lagu rock. Tak kisah la slow ke, sentimen kaum ke, eh, sentimental ke, hard sikit ke, selagi boleh dengar apa butir lirik yang dinyanyikan.

Starting lagu dengan gitar. Fuhh. Suka gila dengar bunyi gitar diorang. Then suara pulak mantap. Nanti tengah-tengah lagu ada gitar solo lagi. Tambah-tambah lagu zaman 2000 ke bawah. Rasa macam nak tengok je orang yang main gitar tu face-to-face. Haha.

Gambar hiasan.
Masa sekolah menengah dulu ( aku membesar pada ketika kegemilangan rock kapak dah surut ), aku suka dengar satu slot kat radio, Arena Rock. Haha. Dengar lagu yg tak pernah dengar, pastu salin lirik dalam buku. Rajinn sangat-sangat. Bila dah habis sekolah, tak tau dah kat mana letak buku tu. Ish3,

Dah tamat sekolah, kurang dah aktiviti menyalin lagu ni. Radio pun dah jarang dengar. Agaknya mood dah berubah k0t. Tapi kalau pegi mana-mana, dengar je lagu zaman rock kapak tu, berenti sekejap. Hahaha. Teringat masa sekolah ( duduk hostel ) dengan kawan-kawan yang layan sama lagu nih.

And sekarang (pada ketika menulis entry ni), aku cari balik lagu-lagu yang pernah jadi feberet aku dulu. Wings, Mega, Ukays and banyak lagi lah. Sebabnya, aku tengah broken heart. Dengar lagu yang agak hard sikit, buat aku tenang. Eh ? Slow-slow kang aku emosi pulak.

Ni la cara aku taknak bagi keluar air mata. Haha. Buat masa ni, rentak rock totally match dengan jiwa aku. 



04 December 2010

Cerita tentang puisi.

0 comments
Saat.
Bilakah saat itu akan tiba?
Aku terlalu rindu
Dan terlalu ingin
Bukan untuk sementara
Tapi untuk selamanya
Janji-janji yang pernah kau ucap
Impian-impian yang kau ungkap
Dan harapan yang telah terbina
Dalam diriku
Saat ini
Aku takut
Takut jikalau impian kita
Cuma tinggal harapan buatku
Harapan yang tak kesampaian
Saat itu
Airmata tidak akan pernah
Mampu mengembalikan
Saat ini
Aku mohon pada Ilahi
Hasrat suci bertemu bahagia
Agar nanti
Bersatu akhirnya
-by RIAN
Gambar hiasan.

Cerita tentang puisi ini. (Layak ke dipanggil puisi?)
Puisi or sajak or kata-kata ni direka oleh aku pada waktu sedang agak kesedihan. Sedih lah kan disebabkan menyayangi seseorang, dan orang itu pula dilihat makin berubah. Banyak kemungkinan bermain dikepala. Dah berubah hati ? Dah ada pengganti ? Ada masalah yang tak ingin dikongsi ?
Semua itu cuma andaian. Empunya diri sahaja yang mengetahui tetapi tidak mahu menyuarakan apa tersirat dalam hati. Aku sudah post di tumblr RAHSIAOTAK ku. Dan sekarang refresh kat sini pulak.
Adakah aku berbakat ? hehe. . Soalan tak boleh blah ! 
Comel kan ini ? Agak-agak ada orang sambut tak ?

03 December 2010

Things that i havent expected.

2 comments
Impian dan perjalanan.

Setiap orang mesti ada impian masing-masing. Sejak dari sekolah rendah dan menengah, cikgu dah didik, bila habis je sekolah mesti masuk universiti. Then kena belajar betul-betul sebab nak compete dengan ramai orang. Asalkan dapat masuk universiti.

Masa aku sekolah menengah dulu, memang dah berazam nak masuk u. Macam itu je tujuan kenapa semua orang pegi sekolah. Haha. Tapi, mak ayah aku tak pernah pun suarakan pasal universiti masa aku sekolah dulu. Aku tau apa yang parents aku nak sebenarnya.

Bila dah habis spm, free nye hidup. Takde lagi baju sekolah, takde lagi baju batik, takde lagi hostel-hostel nih. Bajet cam dah besar je. Bila result keluar, sikit pun aku tak rase sedih even result aku teruk. Main-main punya pasal and aku memang malas pun. Huk3,

Hmm, masa form5, hati aku dah terpupuk untuk masuk UM. Aku pun tak tau la ape yg istimewanye u tu. Sampai aku teringin nak masuk. Nak ambik kos Syariah. Mentang-mentang psi aku A1. Hahaha.

Masuk u punya sign.
Tapi bila result upu keluar. . . oh my. . aku tak dapat pilihan atas-atas aku pun. Aku dapat UIA, English course. Huh ? Otometik aku taknak. Bukan terer english. Minat pun tak. Dah la maktab pun tak dapat. Ish. . pening jugak tp aku tak tension pun. Relax je. Ape jenis orang tak tau.

Secara tak sengaja nya, aku terfikirkan stpm. Dah la dekat sebuah sekolah yang aku tak penah nak masuk. Haha. Sebabnye, masa aku form5, aku dah tanam tekad. . aku takkan jadi macam diorang (akak-akak form6) masuk sekolah balik. Haa. . belagak lagi. Duhh.

Then call la my mom (masa tu aku kerja), cakap nak masuk tingkatan enam kat sekolah 'tu'. Ish3. . Masa malam sebelum daftar tu, baru kelam kabut cari balik mane baju sekolah, kain biru sume. Hahaha. Esok nye pegi la daftar. Dah la ayah aku mengajar situ.

Okey untuk makluman, sekolah tu semua lelaki. Form6 je ade perempuan. Pelajar-pelajar perempuan dia tumpang kat hostel sekolah lain iaitu sekolah aku dulu. Huahha. . Minggu first aku kat situ, semua junior dok pandang-pandang. ''eh kak *iqa tu masuk sekolah balik laa''. Dah agak da fenomena ini PASTI berlaku.

Bermulalah perjalanan aku sebagai pelajar sekolah balik. Dok balik hostel yang dah sebati 5 tahun dengan aku. Check in balik untuk setahun setengah lagi. Ni la sesuatu yang aku tak pernah expect langsung. And keputusan yang dibuat juga last minute serta merta. Bajet nak jadi budak u, tengok-tengok return to school. Haha.
 
Copyright © Inspiration Box
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur