10 December 2010

Kenangan bunga jarum.

Bunga jarum.
Pokok bunga jarum, bunga dia ada dua jenis. Merah dan kuning. Ada spesies kecik dan ada yang besar. Bunga merah lah yang femes dan menjadi pujaan hati. Hehe. Ni semua refer pada cerita kecik-kecik dulu. =.)

Aku duduk kampung rumah tok, ramai sedara-mara sepupu-sepapat semua, rapat dan boleh kata satu kepala lah. Yang tua jadi leader, kecik-kecik ni ikut je lah kan. 

Cerita pasal bunga jarum dan madunya (madu?), aku dan sepupu sama umur suka sangat cabut bunga dan isap madu dia satu-satu. Tak tinggal sikit pun. Then berterabur la sepah-sepah dia atas lantai. Biasa lah kecik-kecik mana pandai nak hilangkan jejak. Haha.

At last, mak-mak kitorang found up. Kena marah jugak lah. Mak cakap, tak elok sedut bunga tu. Nanti sakit. Aku fikir, elok je kitorang sedut, tak mati pun. Hahaha.

Tiba-tiba malam, nak tidur kena minum susu dulu. Minum satu botol (waktu tu kecik lagi.sumpah!), then tiba-tiba muntah. Demam terus. Waktu tu ada la jugak sedikit penyesalan. Hehehe.

Cerita yang kedua, waktu tu kitorang dah besar sikit. Kira dah masuk sekolah rendah lah. Dan waktu ni, aku dah tak duduk kampung dah. Kitorang dah pindah bandar. Bila sesekali balik kampung, berjumpa semula dengan kazen-kazen, mula lah eksplorasi. o_O

Yang kuning tak best ! Takde nafsu nak petik.

Sekali lagi kitorang petik bunga jarum yang tengah masak ranum tu. Hehe. Dah habis sedut satu round, pegi lagi sekali sebab nak petik lagi (addiction betul). Tiba-tiba tok perasan aktiviti kami. Apa lagi marah la dia. 

Terpaksa kami melarikan diri sebab taknak kena marah. Hahaha. Kitorang lari la ke sungai. Duduk berjam-jam kat situ nak bagi kemarahan tok reda. Bila dia lupa, takde la kena marah lagi dah.

Dah sampai sungai tu apa lagi, berendam la sampai kecut biru bibir dan tangan. Tapi tak pernah puas. Huahh, kecik-kecik memang bahagia !

0 comments:

 
Copyright © Inspiration Box
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur