16 December 2010

Saya seorang guru.

Cita-cita aku dari kecik, yang tak pernah berubah dan sentiasa ada dalam list adalah nak jadi seorang cikgu. Semangat lah nak ajar orang. Macam best je. Tengok majoriti cikgu-cikgu nih bergaya, pakai make up tebal. Then bawak rotan. Hahaha. Banyak kali jugak la melakonkan watak cikgu nih bila main dengan member.


Then, ya. Cita-cita aku tu agak tercapai la. Event aku belum degree lagi. Tapi aku dah merasa jadi cikgu oke ! Tapi aku mengajar budak kecik je lah. Kecik yang comel-comel nakal-nakal tu. Mula-mula, decide tanak jadik cikgu garang, sebab cikgu garang anak murid tak suka. Kan ? Kan ?? Huh, siapa suka kalau cikgu garang-garang. Oke aku nak jadi baik. Hehhe.


Tuh sebelum masuk sekolah, bila dah masuk, dah ngadap budak-budak nih, memang rasa tak boleh nak teruskan niat nak jadi baik terus tu. Hah ambik kau !! Kena mix dengan GARANG jugakk ! Haih. Hari pertama, kira minggu pertama lah, diorang baik lagi. Dengar kata dan tak bising sangat. Ish, kutuk anak murid pulakk. *_*
Kelas pertama aku pegang.
Yang bestnya, tiap-tiap hari bila aku sampai je sekolah, budak-budak ni mesti perhati habis-habis punye lah. Especially budak perempuan. Hari-hari nak tengok aku pakai kasut, beg, baju apa. Then diorang akan cakap, cikgu ni cantik ! Hehehe. =) Budak-budak tak reti menipu kan ?? Kira apa yang diorang cakap tu betul kan ??


Macam-macam lah journey aku masa bergelar cikgu nih. Walaupun aku mengajar tak lah lama sangat, tapi memang banyak jugak memberi impak dalam hidup. Cehh. . ayat lebih-lebih pulak. Haha. Mana tak nya, aku yang takde basic apa-apa pun pasal nak tackle budak, memang agak susah jugak. Tambah-tambah budak darjah satu. Fuhh chalengging gila lah.


Tapi, mereka tetap dihati. Aku sayang sangat diorang. Kecik-kecik dah comel, besar nanti jadi baik lah insyaAllah. *Tiba-tiba terasa yang semua cikgu-cikgu aku dulu, sayang aku jugak. Haha.

6 comments:

ZWAN SABRI said...

WoW! Cikgu ni chantekla.. HAHA..

RIAN said...

hahaha !
sebab sy je muda kat situ.
yg lain sume dah berumur.
=.)

enyheartsdiamond said...

tehee.. semestinya cikgu-cikgu sayang akan anak-anak muridnya :)

RIAN said...

hehhe. . dulu2 kena marah dgn ckgu je, pkir ckgu tak suke. .

Awangku Johan said...

ooo penah jadi guru smntara ek.. hehe ok la tu..
saya bln 1 ni baru start mgajar..
ajar budak2 skol menengah
hahaha.. sy mmg garang habis la bdk2 tu nnti aku balun haha

RIAN said...

awangku johan : hehe. sy jadi guru sekolah agama rakyat.
kerja 3 jam je sehari.

owh bakal cikgu lah ni.
=.)
ya. jadilah garang. HAHA

 
Copyright © Inspiration Box
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur