Kenangan. |
Kenangan. Ada apa dengan perkataan tiga suku kata ini ? Kenangan adalah sesuatu yang dah lepas dan menjadi sejarah. Begitukah ? Definisi aku sendiri.
Impian. Ada apa dengan perkataan ini, yang turut mempunyai tiga suku kata ? Impian adalah sesuatu yang manis dan bahagia, yang kita inginkan di masa hadapan. Betul kan ?
Impian kenangan. Ada apa dengan dua patah perkataan ini ? Dua patah perkataan ini membawa maksud impian yang telah menjadi kenangan. Ya. Impian, yang belum tercapai, dan akhirnya hanya tinggal kenangan.
Penuh impian. |
Disini, aku ingin meluahkan, betapa peritnya memiliki impian kenangan ini. Impian yang telah terbunuh. Terbunuh bila mana salah seorang berubah hati. Ya. Aku ingin mengatakan tentang masalah hati. Pusara impianku masih merah dan basah.
Pada mula menerima, telah kutanam dihati bahawa dia adalah bakal pemimpin rumahtanggaku. Impian itu juga bukan bertepuk sebelah tangan. Tapi, entah dimana silapnya, si dia berubah hati.
Maka, tinggallah aku bersama impian yang telah menjadi kenangan. Semoga luka ini, membeku dengan platletets, seterusnya sembuh membina kekuatan aku semula. Untuk tidak lagi menangisi impian yang telah hilang. Impian kenangan.
Menulis sesuatu yang memberi diri sendiri inspirasi. |
0 comments:
Post a Comment