09 December 2010

Perkara yang ditakuti semasa menerima seseorang dalam hidup.

Buat pertama kalinya, tajuk bagi post aku panjang. Selalu sepatah-sepatah je. Dan diakhiri dengan tanda soal. Betul kan ? o_O
Okey lah berbalik pada tajuk. Apa yang ditakuti aku semasa menerima seseorang ? Paham lah kan menerima seseorang untuk apa. Takkan lah sebagai bibik kot. Dan aku bukan bos kalau nak menerima pekerja pulak. Menerima seseorang sebagai teman hidup. Dan belum lagi jadi suami.
Letak gamba nih sebab, aku ni perempuan, mesti la di propose oleh lelaki. Hehe. Apa yang aku fikirkan dan takutkan adalah. . ? Hurm, ni bagi aku la. Kalau orang lain tak tau la ada perasaan ni atau tak. Tapi bagi sesiapa yang menerima hanya untuk test-test cuba-cuba main-main, tak rasa lah kot.
Yang aku takutkan :
1. Di tinggalkan
Masa minta untuk jadi teman hidup, mesti lah ayat manis je yang keluar. Sesuai bagi menggambarkan perasaan ketika itu. Perasaan cinta dan sayang. Ada ke lelaki yang nak propose perempuan, padahal dia sedikit pun tak punya perasaan terhadap perempuan itu ? Ada. Dicabar oleh rakan atau test power.
Bila menerima, aku takut ditinggalkan. Bagaimana kalau tiba-tiba perasaan sang pria berubah ? Bagaimana kalau tiba-tiba dia terjatuh sayang dengan perempuan lain ? Oh pasti pedih untuk melalui peringkat itu. Walaupun janji telah ditabur, pada saat kasih tiada lagi, hanya ungkapan maaf mampu diberi. Betul kan ?
2. Meninggalkan
Aku tak sanggup nak melukakan hati orang. Aku tak boleh untuk menetapkan jodohku sendiri. Segalanya ketentuan Ilahi. Bagaimana jika suatu hari nanti, waktu dia sudah terlalu sayangkan aku, tetapi perasaan aku padanya mulai hambar ? Jika aku minta dilupakan, pasti sakit buat dia.
Kalau aku teruskan, aku mungkin lagi menyakitinya. Malah, hidup aku juga tak happy kot. Sebab kena pretend yang kita sayangkan somebody, and taknak dia get hurt. Baik sungguh hati aku. Lagipun, bahaya lukakan hati orang ni. Nanti kita kena balik. Buatnya dia berdendam sampai bomoh-bomoh, pedajal-pedajal lagi haru.
3. Mendapat halangan
Oh ini lagi satu cabaran bagi pasangan bercinta. Dah bercinta lama, tiba-tiba ada tentangan dari family pulak. Kalau dengar lagu zaman 90an, lirik-lirik dia sering menggambarkan hubungan cinta terhalang dek family, family terlalu mementingkan status dan harta serta banyak lagi lah.
Selain daripada tu, banyak lagi kan halangan-halangan yang dihadapi oleh pasangan bercinta. Huh. Sebab tu lah ada nya istilah kahwin lari ataupun kahwin kat siam. Ish3. Walaupun sah, tapi banyak risiko selepas. Kalau bahagia hingga hujung nyawa tak apa lah.
Hurm, tujuan berpasangan ni bagi aku, kena betul. Bukan saja nak main-main. Nanti terjerumus ke dalam kancah perzinaan dan kemaksiatan pulak. Nauzubillah. Minta dijauhkan dan dipelihara. Amin. Ikhlaskanlah hati disertai doa.

0 comments:

 
Copyright © Inspiration Box
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur