Saat.
Bilakah saat itu akan tiba?
Aku terlalu rindu
Dan terlalu ingin
Bukan untuk sementara
Tapi untuk selamanya
Janji-janji yang pernah kau ucap
Impian-impian yang kau ungkap
Dan harapan yang telah terbina
Dalam diriku
Saat ini
Aku takut
Takut jikalau impian kita
Cuma tinggal harapan buatku
Harapan yang tak kesampaian
Saat itu
Airmata tidak akan pernah
Mampu mengembalikan
Saat ini
Aku mohon pada Ilahi
Hasrat suci bertemu bahagia
Agar nanti
Bersatu akhirnya
-by RIAN
Gambar hiasan. |
Cerita tentang puisi ini. (Layak ke dipanggil puisi?)
Puisi or sajak or kata-kata ni direka oleh aku pada waktu sedang agak kesedihan. Sedih lah kan disebabkan menyayangi seseorang, dan orang itu pula dilihat makin berubah. Banyak kemungkinan bermain dikepala. Dah berubah hati ? Dah ada pengganti ? Ada masalah yang tak ingin dikongsi ?
Semua itu cuma andaian. Empunya diri sahaja yang mengetahui tetapi tidak mahu menyuarakan apa tersirat dalam hati. Aku sudah post di tumblr RAHSIAOTAK ku. Dan sekarang refresh kat sini pulak.
Adakah aku berbakat ? hehe. . Soalan tak boleh blah !
Comel kan ini ? Agak-agak ada orang sambut tak ? |
0 comments:
Post a Comment