06 December 2010

Luka itu manis.

Luka.

Luka itu manis. Ya ! Luka itu manis. Tak percaya ? Silalah rasa. Huhu. Bila luka sikit dijari, automatik sesetengah orang tu masukkan jari dalam mulut. Dulu kecik-kecik pelik jugak. Ape ke halnye tangan luka masuk mulut. Memang darah ni kene hisap ke ? Ish, tapi yang hisap darah ni hantu je (biasala kecik-kecik).

Luka pada perspektif aku adalah manis. Bukan lah luka dijari. Tapi luka dihati dan jantung. Bayangkan selepas dilukai, tiba-tiba datang bahagia bak shining star. Cuba kalau kita tak terluka, mesti kita nampak bahagia yang menjelma tu umpama lampu suluh kurang bateri je kan.

Luka itu manis. Setelah terluka, baru kita tahu apa yang kita mahu, apa yang terbaik untuk kita, dan apa yang bukan sepatutunya milik kita. Pada ketika itulah, datangnya kesedaran. Pada ketika itu juga kita berusaha membina kembali kekuatan untuk teruskan perjalanan hidup.

Luka itu manis ! Boleh juga membawa penyakit. Macam gula, manis dan berisiko. Setiap sesuatu di dunia ini, ada kebaikan dan ada keburukan. Sepertimana luka, hati yang dilukai, kadangkala begitu susah untuk dipulihkan kembali. Sehingga mampu untuk mencederakan anggota lain. Contohnya, mental terganggu atau cubaan bunuh diri.

Ya. Luka memang manis. Cara paling maksimum untuk menikmati luka adalah menangis. Perempuan dan lelaki, mungkin berbeza tahap kelukaannya yang mampu membuat mereka menangis. Perempuan pasti akan lebih mudah menangis. Kerana hatinya terlalu lembut berbanding hati lelaki.

Gambar hiasan.

0 comments:

 
Copyright © Inspiration Box
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur