14 December 2010

Bukan seorang.

Kalau aku kecewa, ramai lagi yang pernah kecewa. Kalau aku terluka, ramai lagi yang lebih hebat lukanya. Kalau aku derita, orang lain ramai lagi yang lebih menderita. Bukan aku seorang.
Ambil pengajaran dari sekeliling. Sewaktu gembira, kita sering lupa Allah. Lupa untuk bersyukur. Bila diberi sedikit kekecewaan, bilamana kita rebah, saat itu automatik kita akan ingat Allah. Tuhan yang telah mencipta kita.
Hanya dengan itu, kita akan kembali kepada Allah. Kerana kita memiliki sifat hamba. Sifat yang memerlukan kepada kuasa yang lebi hebat. La ilaaha illa Allah. Tiada kehebatan lain yang boleh menandingi kehebatan Allah. Tiada tuhan melainkan dia. Pada ketika itu, kita kembali kepada fitrah. Fitrah ingin bertuhan.
Aku bersyukur diatas ujian ini. Walau tidak seberat mana. Tapi cukup untuk membuat aku tersedar. Cukup membuat aku ingin kembali kepada tuhan. Kerana mendekatkan diri pada tuhan, memberi aku kekuatan. Aku akui, bukan mudah untuk bangkit kembali.
Ashkuruka Ya Rabb. Kerana beri aku peluang. Kerana menguji aku.

0 comments:

 
Copyright © Inspiration Box
Blogger Theme by BloggerThemes | Theme designed by Jakothan Sponsored by Internet Entrepreneur