Impian dan perjalanan. |
Setiap orang mesti ada impian masing-masing. Sejak dari sekolah rendah dan menengah, cikgu dah didik, bila habis je sekolah mesti masuk universiti. Then kena belajar betul-betul sebab nak compete dengan ramai orang. Asalkan dapat masuk universiti.
Masa aku sekolah menengah dulu, memang dah berazam nak masuk u. Macam itu je tujuan kenapa semua orang pegi sekolah. Haha. Tapi, mak ayah aku tak pernah pun suarakan pasal universiti masa aku sekolah dulu. Aku tau apa yang parents aku nak sebenarnya.
Bila dah habis spm, free nye hidup. Takde lagi baju sekolah, takde lagi baju batik, takde lagi hostel-hostel nih. Bajet cam dah besar je. Bila result keluar, sikit pun aku tak rase sedih even result aku teruk. Main-main punya pasal and aku memang malas pun. Huk3,
Hmm, masa form5, hati aku dah terpupuk untuk masuk UM. Aku pun tak tau la ape yg istimewanye u tu. Sampai aku teringin nak masuk. Nak ambik kos Syariah. Mentang-mentang psi aku A1. Hahaha.
Masuk u punya sign. |
Tapi bila result upu keluar. . . oh my. . aku tak dapat pilihan atas-atas aku pun. Aku dapat UIA, English course. Huh ? Otometik aku taknak. Bukan terer english. Minat pun tak. Dah la maktab pun tak dapat. Ish. . pening jugak tp aku tak tension pun. Relax je. Ape jenis orang tak tau.
Secara tak sengaja nya, aku terfikirkan stpm. Dah la dekat sebuah sekolah yang aku tak penah nak masuk. Haha. Sebabnye, masa aku form5, aku dah tanam tekad. . aku takkan jadi macam diorang (akak-akak form6) masuk sekolah balik. Haa. . belagak lagi. Duhh.
Then call la my mom (masa tu aku kerja), cakap nak masuk tingkatan enam kat sekolah 'tu'. Ish3. . Masa malam sebelum daftar tu, baru kelam kabut cari balik mane baju sekolah, kain biru sume. Hahaha. Esok nye pegi la daftar. Dah la ayah aku mengajar situ.
Okey untuk makluman, sekolah tu semua lelaki. Form6 je ade perempuan. Pelajar-pelajar perempuan dia tumpang kat hostel sekolah lain iaitu sekolah aku dulu. Huahha. . Minggu first aku kat situ, semua junior dok pandang-pandang. ''eh kak *iqa tu masuk sekolah balik laa''. Dah agak da fenomena ini PASTI berlaku.
Bermulalah perjalanan aku sebagai pelajar sekolah balik. Dok balik hostel yang dah sebati 5 tahun dengan aku. Check in balik untuk setahun setengah lagi. Ni la sesuatu yang aku tak pernah expect langsung. And keputusan yang dibuat juga last minute serta merta. Bajet nak jadi budak u, tengok-tengok return to school. Haha.
2 comments:
hahha . ok ni gelak gedik . jgn terasa =) ngehehehe
hahha. . takda terasa2 lah. :D
Post a Comment