Sebelum dimulai, siapa pernah dengar nasyid bertajuk Siti Zulaikha by DeHearty ? Lagu dan lirik memang best dan memang jadi feveret aku sekarang. ^_^ Okeh sini videonya bagi siapa-siapa yang nak dengar.
DeHearty - Siti Zulaikha
Seandainya tercatat dia milikku
Seandainya tercatat dia untukku
Dekatkanlah daku bermesra padu
Bahagia sentiasa setiap waktu
Tak ingin daku kecewa bercinta
Andai milik bukanlah takdirnya
Bawalah dia sesaujana mata
Biarlah luput kerlipan permata
Biar berjalan di awan gelap
Tanpa cintanya yang kian malap
Takkan lagi daku berharap
Sendirinya berkilau tanpa digilap
Siti Zulaikha engkaulah permata
Penghias seri taman syurgawi
Kasihmu tiada tolok bandingnya
Tersimpul cinta bersama redha-Nya
Siti Zulaikha serikandi kasih suci
Sejernih embun yang putih berseri
Megahlah berdiri tugu cinta ini
Tegak bersama kasih abadi
Namun dengan kuasa yang Esa
Cinta terbiar tersahut disapa
Berputiklah mekar menyinar bahgia
Kasih cinta pada Yusuf mulia
Nasyid ni menceritakan tentang cinta Siti Zulaikha kepada Nabi Yusuf. Siti Zulaikha pernah jatuh cinta lantaran ketampanan yang dimiliki oleh Nabi Yusuf. Walaupun pada ketika itu, beliau sudah menjadi isteri seorang pembesar Mesir serta hidup dalam kemewahan.
Kerana cinta itu juga, beliau sanggup menggoda Nabi Yusuf tetapi Allah memelihara Nabi Yusuf, seiring dengan sifat seorang nabi yang maksum. Nabi Yusuf memang telah dianugerahkan wajah yang tampan serta mampu mentafsir mimpi.
Maka hiduplah Siti Zulaikha dengan perasaan cinta membaranya pada nabi Allah Yusuf a.s. Ujian cinta ini telah berlaku sejak zaman nabi lagi. Sehinggalah masa berlalu, suami beliau telah meninggal serta segala harta kekayaan telah hilang, biarpun sudah terpisah lama dengan Nabi Yusuf, cinta Siti Zulaikha tidak pernah padam.
Biarpun cinta beliau tidak pernah terbalas apa lagi memiliki insan yang dicintai itu, tetapi perasaan itu terus mekar dalam hati. Betapa tersiksanya menyimpan perasaan bertahun-tahun lamanya. Dan selama itu juga Siti Zulaikha mendekatkan diri pada Allah. Beliau yang dulu tidak beriman, telah berubah dan diberi hidayah oleh Allah.
Akhirnya, telah ditakdirkan Nabi Yusuf bertemu kembali dengan Siti Zulaikha. Telah ditentukan Allah, cinta Siti Zulaikha terbalas juga dan mereka telah berkahwin. Ujian cinta terhadap Siti Zulakha itu berat dan bertemu sinar bahagia di penghujung.
Kisah Siti Zulaikha dan Nabi Yusuf ini harus dijadikan pengajaran dan diambil iktibar. Cinta tidak harus memiliki dan cinta tidak harus bahagia. Pelbagai rintangan dan halangan cinta yang perlu ditempuh oleh manusia. Hanya pada Allah tempat kita bergantung.
Secebis nasihat buat diri sendiri dan sesiapa yang pernah kecewa bercinta, ingatlah masih ada Yang Kuasa yang perlu kita labuhkan terlebih dahulu cinta kita. Hanya pada Dia tempat kita memohon. Walau terluka mana pun kita, Allah sentiasa ada sebagai tenpat kita mengadu. Kuasa Allah yang membolak-balikkan hati manusia. Kuasa Allah yang mempertemukan manusia. Teruskan berdoa, agar hati kuat kebergantungannya pada Allah. Yakinlah pada ketentuan Allah. Tidak ada apa yang lebih hebat dari aturan Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui.
Keyboard off.
2 comments:
tenanglah dengar lirik lagu ni...terima kasih sbb share =)
sama-sama. ^_^
Post a Comment